Skip to main content

10 Catatan 1 Januari

Sebelum angka 1 Januari berakhir, kutinggalkan sedikit catatan di sini.

Kepada diriku,
1
Ingat selalu pesanan kepada kamu, bahawa dalam hidup tidak semua kita dapat. Namun Allah menyediakan perjalanan versi terbaik untuk kita.

2
Ketika engkau merasakan ada yang tidak kena, sudahkah engkau periksa hubungan engkau dengan Tuhan dan hubungan engkau sesama manusia.

3
Takdir yang kita lalui, terindah.

4
Melihat orang lain, dan ambil pengajaran. Lihat diri sendiri, dan perbaiki agar kita menjadi diri sendiri versi terbaik. Tidak mengapa jatuh atau gagal berkali-kali, yang lebih utama, bilangan engkau bangkit lagi.

5
Tuhan mengetahui yang paling engkau sembunyikan, dan yang engkau zahirkan. Tuhan tahu semua.

6
Ketika engkau berharap sesama manusia, adakah engkau curahkan juga rasa dan permintaan kepada Tuhan yang mendengar doa-doa kita?

7
Takut ada dalam diri kita, sekuat mana kita menepisnya?

8
Perlahan-lahan, memori akan hilang daripada ingatan. Abadikan dengan tulisan.

9
Kehilangan seseorang untuk selamanya, dan "kehilangan" seseorang namun masih nampak di mata, rasanya tidak sama.

10
Siapakah kita yang mahu menidakkan perjalanan takdir? Berdamailah dengan takdir.



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

rhapsody_sufi said…
perjalanan ini adalah perjalanan terbaik yang diatur oleh Tuhan.
Benar.
Perjalanan yang perlu kita hargai.