Sekalipun aku berkata aku mahu berhenti membebel -menulis- sesuka hati, menulis merupakan medium aku melontarkan kata-kata yang tersimpan dalam kepala, walaupun tidak semuanya.
9 Februari 2021, Insya-Allah aku akan bentangkan projek akhir kumpulan cerpen. Cerpen-cerpen kecil yang ditulis untuk menyudahkan tugasan itu, setiap satu ada kisahnya. Aku bersyukur punya guru dan rakan yang membantu aku menaikkan semangat yang lekas merudum setiap kali menulis. Siap sebuah cerpen, kemudiannya rehat panjang sebelum aku mula menulis cerpen seterusnya.
2021,
Semoga aku lebih banyak bercerita di sini. Tulisan di sini lebih kekal untuk aku baca semula. Jika di Istagram, aku suka padam semula jika mood aku tidak kena pada masa-masa tertentu. Hakikatnya aku suka melihat kembali tulisan lepas sebab ia mewakili perasaan ketika aku menulis. Demikian aku menangkap gambar.
2021.
aku masih mencari diri. Masih membetulkan diri sendiri yang selalu tersasar.
Berjuanglah kita di atas platform sendiri.
Comments