Skip to main content

KISAH SEORANG GADIS YANG DUDUK DI RUMAH SEJAK MAC 2020.

Dia tidak kisah duduk di rumah, kerana dia seorang pendiam yang betah di rumah, asalkan ada talian Internet, makanan dan sumber elektrik dan air. Letaklah dia di rumah, atau di dalam bilik, dia akan duduk diam-diam di situ. Ketika arahan berada di rumah dikeluarkan pihak berkuasa, pada mulanya dia rasa gembira kerana boleh duduk di rumah. Tidak perlu bergegas untuk tunggu bas dan tren, berjalan ke tempat pengajian. Dia boleh berjimat dalam hal itu, wang boleh digunakan untuk membeli barangan harian dan barang-barang yang dia teringin beli. Dia gembira untuk beberapa ketika. 

 Sehinggalah berlalu satu semester, dan semester seterusnya dia tidak punya banyak kelas. Jadual kelasnya tidak banyak dan dia hanya ada kelas petang. Ketika itu jadual hidupnya berubah. Daripada seorang yang suka berpagi-pagi, dia menjadi seorang yang berjaga malam, dan akhirnya pagi barulah dia akan tidur sebelum kelas pada petang hari. Hal yang tidak biasa semasa dia punya rutin ke kelas, berubah. Dan dia mula gelisah. Gelisah yang hanya gelisah tanpa berubah. Duduk di rumah, dan hanya berjalan-jalan di dunia maya. Dia harus berterima kasih kepada mereka yang membuatkan dia masih berhubung dengan dunia luar melalui panggilan telefon atau perbualan di dunia maya. Sekurang-kurangnya masih ada. Dia masih ada, walaupun jasad di dalam rumah. Tidak pulang beraya seperti orang lain, dia bersyukur sempat pulang berhari raya haji di kampung. Dan itulah kali terakhir dia pulang. Walaupun berhajat untuk pulang ketika hujung tahun pintu sempadan negeri dibuka, ada halangan dan dia tidak pulang... 

Dan kini, dia kembali berada di rumah. Seperti orang lain. Apa perasaan? Seorang bujang, komitmennya tidak sama seperti seorang yang sudah berkeluarga. Bujang atau berkeluarga, ada ujiannya masing-masing. Dan apabila mendengar PKP disambung lagi dan lagi, dia tiada kata. Apabila yang dikatakan ketat, yang nampak ketat adalah untuk rakyat marhaen... Yang di kayangan ... Entahlah. 

Dia tidak mahu menuliskannya kerana dia akan menulis dengan emosi, tetapi tangannya bergerak hari ini... Apabila mahu yang dipimpin mengikut, pemimpin itulah yang terlebih dahulu memberi teladan... Apabila yang dilihat lain daripada yang dikata, entahlah. SEDIH. I

tulah yang dapat dikata... Siapa yang terjejas? Orang biasa. Siapa yang melihat masihkah ada beras untuk dimasak, esok mahu makan apa? Orang biasa... Orang biasa tak ikut SOP. Orang biasa disaman kerana tak ikut SOP... Kepala harus menunjukkan teladan, jika tidak jangan hanya menuding jari menyalahkan... 

Sekian, membebel panjang. Dan sambung duduk rumah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...