Termasuk edisi ini, bermakna lima edisi majalah Solusi yang tertera nama aku sebagai subeditornya... Pastinya banyak lagi yang perlu dipelajari, yang perlu diperbetuli dan ditambah dan kurangi.
Allah,
untuk setiap edisi yang ada kisahnya,
untuk setiap edisi yang ada cabarannya,
untuk editor yang bersabar dengan 'kerenah' subeditornya
dengan kemudahan yang Allah izinkan,
aku masih di sini, aku cinta berada di sini.
Allah yang Maha Pemberi adil mengedarkan rezeki pada yang berhak miliki,
mengapa harus menolak?
sebabnya aku malu....
Awak tahu,
kesal yang ada sebab menolak ASWARA tiada lagi. Rezeki aku di sini, bersama editor dan warga kerja di sini. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, bukannya mesti apa yang aku mahu.
Mahu belajar boleh di mana-mana, kan? Macam sekarang, walaupun sebab tugas, dalam diam aku belajar, betulkan kembali tatabahasa, ilmu bahasa yang tertinggal, harus sedikit sebanyak baca dalam bahasa Arab. Tentang tidak grad atau dismiss, ia sudah jadi sebahagian sejarah seorang Jamilah. :)
Kata ustaz Fauwaz pagi tadi dalam MHI makan dalam: "senyum dalam masalah."
Dan tadi,
"Durrah, cakap sikit."
"Tak adalah ustaz."
"1 minit."
"30 saat."
Aku menutup diri daripada berkata. Menunjukkan ketidakbijakan sendiri.
haha.
1822
Sri Damansara
Comments