Skip to main content

Oh, Contengan Lagi Yang Dituliskan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

11 Oktober 2013 entri terakhir yang aku catatkan di sini. Semestinya tidak akan aku tinggalkan laman ini terlalu lama tanpa menitip sebarang khabar berita. Diari lama yang sudah hampir enam tahu beroperasi dengan berkali-kali menukar domain, url dan profile name. Akhirnya, aku memilih Jamilah. Jamilah, nama terpilih untuk seorang aku. Jamilah itu aku. Aku itu Jamilah.

Catatan 1
8 bulan melewati denai kerjaya, meretangkan aku realiti dunia walaupun ruang kerjaku hanya dalam pejabat. Mengenali manusia-manusia hebat yang ada di sekeliling, seakan-akan aku camar kecil yang terbang di suatu ruang angkasa yang luas. Kekerdilan diri yang makin membuatkan aku menyunyikan diri dan makin payah untuk suara terkeluar untuk menutur kata. Alangkah! Allah menghantarkan aku ke suatu tempat untuk aku belajar mengenal dan mengerti banyak perkara.

Catatan 2
Adakah jika aku masih menuliskan hal itu bererti aku belum reda atau belum cukup reda. Ikutkan hati seorag Jamilah, aku lebih senang bergelar pelajar di dunia sebenar daripada kembali ke bangku pengajian. Namun akhirnya, aku perlu fikirkan kembali, tidak mahukan aku hadiahkan segulung ijazah pada ayah selepas kau hulurkan gaji pertamamu untuknya? Adakah kau tidak fikir kekecewaan seorang bapa yang pasti tidak tahu menjawab, apakah anakmu tidak graduasi? Mengapa berhenti belajar? Oh, itu kisah semalam. Hari ini aku hidup dengan kehidupanku sekarang dan bersedia untuk esok. Bukan aku memadamkan kenangan semalam, hanya aku perlu hidup dalam realiti aku sekarang dan membaiki diri demi hari esok.

Catatan 3
Seseoran bertanya adakah aku sudah grad. Aku hanya mampu menjawab sudah habis. Malas mahu memanjangkan cerita. Jika mulutku terlebih rajin, aku katakan aku kena dismiss, tak habis belajar... dan akan ada bertele-tele soalan.. Akhirnya, aku memilih untuk diam (bising di sini)

Catatan 4
Dunia ini sederhana kecil. Itu novel tuan Bahruddin Bekri.
Dan semalam, bertemu beberapa wajah yang ingin dilihat dan lama tidak melihat. Allah.

Catatan 5
Nampaknya aku belum menjadi penulis yang baik. Penulis kerjanya menulis. Banyak membaca daripada menulis. Membaca hingga akhirnya dia menulis bukan membaca untuk menulis. Oh, mungkinkah nantiakan berat hatiku untuk meninggalkan daerah ini jiwaku jatuh cinta padanya. Demi masa depan, harus aku ulang fikirkan!

Catatan 6
Sampai masanya aku akan pergi,
meninggalkan kesayangan di sini,
bersediakah diri?

Catatan 7
Ada ketikanya aku suka menyepahkan ruangan sendiri, buku di sana sini. Maknanya aku sedang mengerjakan sesuatu, melarikan sesuatu, meluahkan sesuatu, yang hadirnya dengan cara itu. Dan kepuasaan hadir setelah semuanya kembali dikemaskan. :)


Comments

wanariahamiza said…
Jangan pernah berputus asa kerana kita manusia yang punya akal dan kudrat untuk sesuatu dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Selamat berjaya.
Faaeinz said…
bagaikan memahami. be strong jamilah. perjalanan ini masih panjang untuk dicoretkan.

*saya pun masih belum mampu nak hadiahkan segulung ijazah buat famili tercinta.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...