Dari Dalam Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


  • Tanggungjawab hadir dahulu sebelum mimpi. Yang ada di depan matamu itulah namanya tanggungjawab. Lantas, mengapa kamu melarikan diri daripada tanggungjawabmu itu? 
  • Katamu, kamu hanya mahu bebas melepaskan diri sendiri. Sedang diri di dunia tidak akan bebas jika dalam hatinya ada cinta. Cinta pada pemilik cinta yang melahirkan cinta-cinta yang lain. Adakah kam kenal Dia yang seterusnya melahirkan Cinta pada Dia. 
  • Kamu tahu, sejauh mana kamu berlari, bayang-bayang tetap ada dalam diri kamu. Semalam terdengar kata-kata sahabat itu cermin buatmu! Dan kamulah cermin kepada sahabatmu. Perihal sahabat, aku akan mati kata melantunkan bicara tentangnya sebab aku tidak pernah lagi pun berusaha menjadi seorang sahabat yang bernama sahabat. Allahu Allah.
  • Allah menuliskan semuanya dalam al-Quran. Tinggal kamu yang selang-selang menatapmu. Percayalah, walau hanya satu ayat kamu hayati, ada berkatnya.. Dalam diri, kehidupan, dan aktiviti harian.
  • Kamu mahu melangkah jauh, namun mengapa kamu tambat kaki dan dirimu. Terpenjara dalam diri itu sebenarnya pahit. Pahit yang tidak tersuarakan dalam perlukan satu kuasa dalaman yang membebaskan dirimu daripadamu. Pintalah pada Dia. 
  • Sisi yang Allah tutup, mengapa harus dibuka biar tersebar! Allah.
  • Membaca kembali, apa dikata itu terjadi. Allah tahu hatimu, sayang.
  • Tidak malukah membeli tanpa membaca. Saban bulan kamu peruntukkan gaji untuk buku, namun bacanya 1/2 muka sahaja.
  • Orang perhati tetapi perhatian Allahlah yang beri kebahagiaan.

6.22 a.m
Sri Damansara
***setelah sekian lama, semalam aku mimpikan dia. Mimpi aneh! Bangunnya, terasa kesakitan dalam mimpi seakan realiti! 
***Solusi 61, insya-Allah ada tulisan saya juga. 
***Buku baharu? 2014, insya-Allah. :)
***ASWARA. Doakan!
***Subeditor Solusi, apa aku lakukan sebenarnya ya? Terasa sedikit benar tugasku dibanding orang lain...

Comments

Siti nabilah said…
Alhamdulillah..
muhasabah di sini..
jazakillah.

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut