"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
"Aku nak baca buku, tapi tak ada masa."
"Aku nak menulis, tapi tak ada idea."
"Aku bukan tak nak buat, tapi tak ada semangatlah."
"Aku nak jadi baik, tapi nanti orang kata aku nak menunjuk."
Ada ketika, kita terlalu menghiraukan kata-kata orang sekeliling sampai lupa kata-kata yang lahir dalam diri. Untuk semua alasan, hanya ada satu kata sebagai jawapan. Mahu. Sekiranya ada kemahuan dalam diri semua halanga dapat diatasi.
Tidak akan terlahir melainkan dicari. Kata ustaz Fauwaz dalam usrah lepas, kalau tak ada idea, baca al-Quran. Dalam seminggu berapa hari kau baca al-Quran, sedangkan banyak mana pula masa depan laptop dan facebook.
Tidak boleh berhenti menaihatkan diri sendiri. Sentiasalah berusaha dan terus berusaha membetulkan diri sendiri. Yang penting, berusaha dan iringkan dengan doa sebab doa senjata seorang Mukmin.
Memang harus ada satu masa, kau menyendiri dan melihat jauh ke dalam diri. Sudut paling dalam dalam diri. Apakah sebenarnya yang kamu mahukan dalam kehidupan ini? Adakah kau berusaha mendekatinya atau hanya melakukan rutin?
Selamanya keadaan tidak berubah selagi kau tidak berubah.

Comments