Menulis? Mudah sahaja mahu menulis. Ambil pena, contengkan pada kertas. Buka laptop, tekan papan kekunci. Sekarang lebih mudah. Dengan telefon canggih amat, semuanya jadi lebih mudah. (benarkah lebih mudah? Lebih canggih alat, lebih banyak kos penyelenggaraan.) Kalian boleh menaip di mana-mana sahaja, melontarkan idea yang hadir hanya sekali itu. Petua penulis yang sempat Ila dengar, pastikan dalam poket ada buku catatan. Sekarang, pastikan dalam poket ada tablet supaya senang dicurah idea yang datang. Idea hadirnya hanya SEKALI dan jarang berulang. Tidak kira masa dan tempat hadirnya. Ilham itu milik Allah dan dipinjamkan pada kita untuk dikongsi. Ila masih ingat dalam siri-siri bengkel yang pernah Ila sertai, pelbagai teori, bermacam cara yang dikongsi pada penceramah perihal kaedah penulisan. Akhirnya, Ila simpankan ia dalam buku catatan. Ila seorang yang percaya, walau ratusan teori dimasukkan dalam kepala, akhirnya setiap orang ada “uslub” atau “gaya penulisan” sendiri. Gaya D...