FATIMAH SYARHA
BENGKEL PENULISAN 2009
-Lesenkan karya bukan jual
-Jelaskan matlamat penulisan
-Ingat tiga persoalan utama: dari mana kita datang, untuk apa kita di sini,
ke mana kita akan pergi.
-Apakah yang Allah perintahkan? –Belajar bersungguh-sungguh (al-mulk:2)
–Berakhkal mulia
-Apakah yang Allah larang? – Jangan hampiri zina. – Elakkan hiburan tidak
syarak – mengumpat
(sumpah kita –surah al-An’am:62)
“buat baik itu sebenarnya diri
kita”
“bayangkan jika kita menulis
sesuatu yang tidak syarak”
“Jangan malu buat baik.”
“Jelaskan matlamat.”
Noktah Bidayah.
-Jadilah penulis daie ilallah –“NAK ALLAH” (penulisan adalah wasilah
mencapai matlamat-ALLAH)
-Jika kita tiada idea, Allah ada.
-Jika kita tiada semangat, Allah ada
-Jika kita berputus asa, Allah ada.
-Jika kita sedih dikritik, Allah ada.
“kamu tidak pernah bersendirian,
Allah sentiasa ada.”
Latihan.
Kerana Dia. (tertanya-tanya)
Hafiz pandang wajah Bonda, Mak Cik, Usu dan saudara mara di keliling katil
Hospital Besar Kuala Lumpur itu. Bungkam.Tak terkeluar satu kata pun.Bayangan
lori balak yang merempuh keretanya –kereta kuda- terlayar di mata. Di katil
Hospital, dia bermonolog: “kerana Dia sayangkan aku, aku masih di sini.
Bayangkan berapa ramai mereka yang maut hanya kerana kemalangan kecil cuma. Kerana Dia mahu aku tebus dosa, aku diberi
kesempatan usia.” Terima kasih Tuhan. Ada air mata mengalir, bersama keinsafan
yang hadir kerana kemalangan itu. (belum keluar kotak)
-Elakka tajuk yang boleh diagak
-keluar daripada kotak minda
- logik. (logikkah kereta kuda?)
KUNCI MENULIS.
-Visi –Mardhatillah. (pengharapan, tujuan, memandang jauh ke depan,
kreativiti, kebaharuan?keunikan)
-Perspektif – Stamina. Rendah hati (berguru) –ditolak, tolak kertas,
bukannya diri kita.
-Sikap –Itqan (positif dengan kritikan), yakin (dialog semangat)
-Disiplin –“istiqamah baik daripada 1000 keramat” . Teknik dan disiplin .
pembaca setia. Hadir pertemuan, seminar penulisan (praktik)
-Jelas dengan Allah. (solat. Allah. Al-Quran)
LAWAN KETAKUTAN.
-Takut tidak best – Setiap benda unik
-Tidak cukup ilmu – carilah ilmu
-Idea? Ada tepi-tepi kita. (Mula –target)
MEDAN PRAKTIKAL.
-Mulakan dengan cerpen –jelaskan tema (apa pembaca akan dapat) ~ atur
cerita ~ karakter ~ sepenggal kisah hidup ~ Penggunaan kata ~ kejutan ~ impresi
~ konklusi (pengakhiran cerita yang akan diingat)
LATIHAN 2
Rumah Kosong
Ditinggalkan lama
Hantu
Takut
Kosong!
Rumah yang dibiarkan tanpa ibadah kepada Allah dan bacaan al-Quran adalah
rumah yang tidak dimasuki malaikat. Senang syaitan mahu menyelinap. Begitulah
yang jadi pada rumah di hujung desa ini. Hantu-hantu menghuni di dalamnya.
Bukan hantu pada hakikatnya, namun anak-anak muda, mat-mat rempit yang ulahnya
mengalahkan hantu. Apa erti takut kepada mereka? Takut mereka hanya apabila
polos datang mahu menyerbu. Hati mereka tanpa didikan
agama ibarat rumah kosong.
Comments