![]() |
Masih jauh perjalanan cinta. |
Cinta,
tidak terlupa memesrainya saban hari.
Tanggungjawab,
lalai,
tidak dipeduli.
Aduhai cinta,
sedang hakmu terpenuh,
tanggungjawab aku tinggal.
***
Cintaku pada tulisan, tanggungjawabku menyiapkan kerja kuliah dan hadir ke kelas.
Awak tahu, ketika aku boleh setia mengemaskini status di fb, menulis di blog, menconteng dalam buku, cuba-cuba membaca buku dengan tema berat (walaupun ketika dibaca berbaring, akhirnya lena dengan buku terbuka), aku sering melupakan tanggungjawab hakiki seorang pelajar. Aku sentiasa ada masa untuk melunaskan kecintaan, namun aku abaikan tanggungjawab. Manakan buku terbuka jika tidak malam peperiksaan. Tidaklah kerja tersiap melainkan dr mengarahkan kerja dihantar esok hari.
Aku harus bersyukur apabila laptop yang menjadi kesayangan rosak dan langsung tidak dapat dibuka. Sekurangnya aku mengurangkan masa untuk berada dalam dunia maya dan daerah kecintaan. Ia satu nikmat. Lihatlah sesekali saya berada depan laptop atau komputer di makmal, yang terkemaskini adalah blog, status fb dan seangkatan dengannya dan secebis kerja yang wajib ditunaikan.
Bukan tidak tersedar, bukan tidak ditegur. Kadang tersedar, kemudian buat semula dan berulang lagi. Disiplin jauh daripada diri. Benarlah, terlalu mengutamakan kecanduan menyebabkan diri rebah.
Oh, teringat aku kelas RCP yang membicarakan tentang ilmu.
"sesungguhnya ilmu tidak dapat dengan panahan anak panah, tanpa usaha, dalam mimpi, diwarisi, dipinjam daripada guru ... Ilmu itu sesuatu yang payah untuk dijaga.
Ilmu hanya didapatkan dengan kepayahan, melepasi tembok kebosanan, menghadapi bahaya, selalu berjaga malam, selalu bermusafir, banyak berfikir dan memaksimumkan penggunaan otak."
"Ilmu itu binatang buruan yang jarang diperoleh."
"Ilmu itu tempatnya dalam hati. Ia tidak dapat dikuasai melainkan kamu menguasai bahasa. Ilmu tidak kekal melainkan ingat. (kata ustaz kita bosan sebab dimomokkan dengan kalimah HAFAZ sedangkan pelajar kejuruteraan, perubatan sentiasa INGAT!), kita letakkan ilmu itu di sudut jiwa paling dalam, kita sentiasa memantaunya dan menjadikan ia pedoman kehidupan."
"Ketahuilah bahawa ilmu itu tersimpan dalam hati bukannya buku dan tulisan. Kita memperdalamkan ia dengan perbincangan, setelah belajar kita kukuhkan ia, lebarkan jaringan ilmu. Kita dapat ilmu sebenarnya dengan bantuan Allah."
"Ilmu yang masuk dalam hati menggetarkan jiwa."
Nasihat teacher Musliani, guru bahasa Inggeris kesayangan lewat zaman persekolahan semalam, setelah bertemu di fb :
"Haiya...darling pendiam tu bukan something yg u born with it...it just
ur personaliti...personaliti kan boleh ubah...yg penting apa shj kerja u
u boleh balas jasa ibu bapa keluarga and beramal sambil menikmati
hidup...bukan meneruskan hidup..." -teacher musliani | 2012.
Tanggungjawab, bagaimana aku mahu menjadikan kamu juga cintaku?
Jamilah Mohd Norddin
2012.
Comments