![]() |
Mawar, jangan gugur sebelum mekar. |
.SATU.
Kehadiran aku di dunia ini sesungguhnya bukanlah sia-sia. Hasil kerja di perhentian sementara ini sesungguhnya akan Allah nilai dan dibalas walau sekecil zarah sekalipun.Bagaimana pula dengan pekerjaan aku sehari-hari? Perbuatan zahir yang terlihat dan nawaitu tersimpan dalam diri akan dikira sebagai amalan. Malaikat Rakidkah yang sibuk mencatat amal kebaikan atau Malaikat Atid tidak menang tangan mencatat perbuatan dosa dilakukan aku.
Allahuakbar.
Sesungguhnya benarlah kefahaman tidak akan dicapai hanya dengan baca dan berada dalam kelas. Alam luas lebih banyak mengajar. Namun setakat manakah diri belajar untuk mengaplikasi ilmu bilik darjah dalam kehidupan. Sedangkan diri sahaja masih terkontang-kanting...
Benar aku tidak boleh menunggu untuk menjadi 'hebat' untuk memulakan langkah. Namun acapkali kerana lemahnya diri melawan
"Bagaimana aku mahu mengajak orang lain melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak lakukan."
Istiqamah itu satu hal. Memulakan langkah sebenarnya tidak sepayah mempertahankan perkara yang sudah dimulakan. Kata cikgu Roslimna, kita pandai, hanya tidak bijak.
Buat tidak kisah itu kisah itu senang.
Berlakon tidak tahu apa-apa itu mudah.
Jujur itu perlukan kehadiran hati yang bersih untuk melakukan suruhan. Bagaimana kejujuran akan terlihat jika hati tidak gembira, perasaan tidak senang untuk melakukan semua perkara.
Meletakkan hati dalam setiap perbuatan akan mendapatkan hasil yang lumayan. Apabila aku melakukan sesuatu kerana aku mahu gembirakan orang lain, aku akan terasa lebih bahagia.
Benar.
"Menggembirakan orang lain membahagiakan diri sendiri." Entah kata siapa aku lupa.
.DUA.
Rasa rindu bertamu dalam diri. Aku rindukan mereka yang selalu bersama denganku kala senang dan susah. Kak Husni, Ainul, Habibah, Rokiah... Aku sangat rindukan kalian. Malam ini aku mahu menulis lagi tentang kalian. Lama aku tidak membiarkan jemari ini berbicara tentang kalian. Semoga cuti ini kalian bahagia bersama keluarga tersayang.
Kenapa aku tidak dapat lupakan kalian? Kalian ada ketika aku susah. Kalian telah buatkan perasaan ini tidak dapat lari daripada mengingati kalian dalam cuti ini.
Aku ingat ketika Ainul mesej Kak Husni beritahu yang ustaz Asfandyar mahu jumpa aku. Melenting Kak Husni dengan sikap aku, kedegilan aku..
"Ketegaq." Dalam dia aku keras kepala juga.
Akhirnya Kak Husni dan Ainul bersusah payah temankan aku petang itu bertemu ustaz Asfandyar. Ketika aku terkaku tanpa kata, Kak Husni tolong bicarakan untuk aku... Allah,,,, Sepetang kita bersama... sampai malam... Dalam penat, kalian bersama aku, temankan aku, ceriakan aku kembali... ketika semangatku sudah runtuh... Hinggalah akhirnya aku mengambil peperiksaan akhir Tilawah II.
Kak Husni, berbezanya perangai kita... Namun ada satu persamaan. On the spot action. Saya mungkin tidak berkongsi banyak dengan kak Husni namun Kak Husni sudah banyak memberi untuk saya. Semua aktiviti tidak terjangka yang kita lakukan semoga terus kekal dalam ingatan saya dan kita semua. Saya suka kak Husni senyum. Manis lesung pipit kak Husni buatkan saya tidak jemu memandangmu.
Kadang mungkin saya kekok, saya diam, saya terlebih cakap... Tanpa sedar empat semester kita bersama. Empat semester yang ada kisahnya sendiri. Empat semester yang berikan saya energi lebih setiap kali berjalan ke Asma' dan Asiah.. Saya suka berjalan. :P
Sesungguhnya kak Husni, saya banyak belajar untuk berkomunikasi dengan kak Husni juga. Kak Husni akan terus buat sesuatu benda tanpa banyak kata dan komen. Kak Husni akan lakukan yang terbaik tanpa hiraukan diri sendiri.
Kak Husni... You teach me how to live well...
Ainul, Ainul tahu tak yang Ainul dah banyak korbankan masa, tenaga, wang, banyak benda untuk sahabatmu yang bernama Jamilah ini... Ainul tidak pernah berkira dengan saya. Ainul akan sorok kesedihan Ainul seorang asalkan sahabat Ainul ini kembali menjalani hidup normal, terus ada semangat untuk belajar. Ainul seorang yang banyak berikan saya senyuman. Ainul selalu buat saya senyum.. sejak Matrik sampai sekarang.
Ainul, you are the best.
Habibah. Aku selalu susahkan dia bila aku ada masalah. Sejak di matrik dengan peristiwa surau blok A. Di sini aku mengganggunya setiap semester. Dulu, kamu selalu cerita dengan saya, namun sekarang susah mahu mendengar kamu bercerita.
Mulut ini selalu ringan dengan kamu. Jadi tempat aku curahkan perasaan kadang-kadang. Ketika kepala ini terasa semak dan perlu buangkan sebahagian kata-kata kepada orang lain. Minat kami berbeza namun aku akan selalu suka apa yang dia suka... Hlovate... Nestlo...
Habibah, maaf kalau saya banyak terlebih dengan kamu. Saya rindu kamu bercerita walaupun saya tak dapat bantu.
Rokiah, waktu kena basuh dek ustazah Nadwah, aku tiada arah mahu diluah kata. Namun aku perlu bercerita kepada seseorang. Melihat kamu tiada kelas, aku langsung ke bilikmu.
Katamu aku kalau bercerita masalah laju, kena dengar dengan teliti..
Maaflah.
Kata kamu sudahlah aku buatkan teman aku menangis. Jangan buat sesuatu yang tidak terfikir lagi.
Rokiah, live well....
Kalian, aku rindukan kalian... sangat-sangat. Kata Hlovate dalam 5 tahun 5 bulan. "Saya rindu gilak dengan kamu."
TIGA.
Live hell or live well.
I Choose
11.17p.m
Qamar Jamilah
Comments