akhirnya...

Alhamdulillah
Kertas Bayan tadi aku takut mahu melarikan diri lebih awal keluar dari dewan peperiksaan. Maka aku hanya menanti sehinggalah pengawas bersuara:

"Masa berbaki 15 minit. Tidak dibenarkan keluar sehingga masa peperiksaan tamat."

Aku menanti juga hingga tamat kertas.

Sudah.

Aku sudah menjawab apa yang aku tahu, sedikit yang aku belajar dan sedikit kelas yang aku hadir. Dapat apa sekalipun aku sudah tidak kisah.

Namun blur juga sebenarnya tadi. 15 minit pertama aku pandang kertas soalan tanpa satu ayat yang tertulis atas kertas. Buat-buat semak soalan sedangkan hanya ada tiga soalan. Alhamdulillah. Terjawab juga semua walaupun entahkan benar atau tidak gorengan aku kali ini. Buat rojak dalam dewan peperiksaan.

Sungguh aku tidak berani untuk memandang wajah ustazah. Ustazah yang sangat baik dan mahu aku terus berjuang dan bukannya melarikan diri. Allah, apa agaknya perasaan aku diperlakukan begitu.

Aku yang sombong.

Kata orang bodoh sombong tidak akan ke mana-mana.

Jadi, berubahlah! Belajar tanpa guru, syaitan akan jadi pendamping.

One to go! Naqd Qadim.
 

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut