Skip to main content

3.Oh Ayah

Cerita baru.
Saya mengabadikan juga kisah itu. Supaya kelak apabila saya dapat membaca lagi dan lagi...

Beza apabila mereka yang membuat sesuatu dengan perkataan dan mereka yang terus melakukannya hingga tersentak diri dengan tindakan itu. Namun yang pasti, perbuatan itu kesannya lebih 'dalam'... Sangat dalam.

Melewati hari-hari yang penuh dengan kejutan demi kejutan daripada satu cerita berpindah satu cerita lain, membuka lembaran baru -mungkin- dalam diari hidup penulis.

Lama sebenarnya saya langsung tidak menghubungi keluarga di kampung melainkan pada hal yang munasabah dan bersebab. Jika tidak wassalam saya akan sunyi menyepikan di daerah nun jauh di Pinggiran Gombak ini. Saya pernah bercerita tentang kedinginan saya dan ayah kepada sahabat ini....

Saya bercakap tetapi saya tidak bertindak...

Sudah! Malam yang membuka seluasnya pintu akal dan fikir saya dan menyentakkan seluruh anggota yang sudah kejang dan lebur semua perasaan hingga mengganggu diri selama beberapa hari. Bermain dengan emosi dan air mata yang tidak kasihankan lagi kepada diri. Namun, saya hanya membiarkan ia berlalu. Mahu sahaja saya rakamkan semula kata-kata yang masih berbaki dalam akal ini namun belum punya kesempatan yang panjang untuk menulis.

Lalu, satu petang, di SHAHS Mosque saya menekan punat "Abi" yang sudah lama tidak saya sentuh. Hanya sesekali melihat tanpa berbuat apa-apa.

"Assalamualaikum." Oh, Mak Cik menjawab. Lalu, hanya meminta beliau panggilkan ayah. Perasaan sudah sebu. Menahan air yang mahu luruh.

"Ayah...." Saya sebak. Sangat sebak hingga tanpa sedar air terus meluncur laju... Tidak tertahan.

"Ayah sihat?" Saya tahan suara..

.... (bla.. bla.. bla..)

Tidak sampai satu minit rasa saya. Ternyata jika saya sambungkan perbualan itu Ayah akan dapat menerka suara menahan tangisan anaknya itu.. Lalu, terus saya tekan punat merah, mematikan talian.

... selesai di situ...

Kali kedua, sahabat saya meminta telefon bimbit saya lalu menekan punat "Abi." Saya sudah dup.dap.dup.dap. Oh, baru semalam saya hubungi ayah, nanti ayah fikri anaknya ini apakah? Saya biarkan sahabat saya menelefon. Pandang dengan hati yang mula menangis dan berkata TIDAKKKKKKKKKKKKK..

Panggilan tidak bersambut. Tentu ayah bukan berada di rumah kala itu. Lalu, sahabat saya menghantar mesej..


tit.tit.tit... saya tergamam membacanya semula. Oh, Ya Allah, saya tidak pernah katakan begitu kepada ayah. Bagaimana nanti saya mahu berhadapan dengan ayah?

lalu, air mata luruh semula....

Dan semalam, ketika menikmati makan bersama-sama, sahabat saya meminta lagi telefon. Saya sudah tahu. Hanya tersenyum....

Dan kali ini panggilan bersambut.

Saya kaku...

Oh....

....
...
...

Bagaimana untuk saya bereaksi?


benar mungkin dalam terkejutnya ayah dengan panggilan anaknya dan sahabatnya anaknya itu dia akan gembira. Anak yang dijaga rapi, ditatang bagai menatang minyak penuh, meninggalkannya sendiri kala dia mula melangkah keluar rumah... anak yang banyak meninggalkan kesan dalam dirinya... Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...