Skip to main content

kembali.

Ada rahsia pada penciptaan langit. Tak akan jemu memandang walau berjuta kali.
Bismillahirrahmanirrahim...

Mulanya sapu habuk dan sawang yang banyak terlekat dalam manuskrip ini. Seminggu juga saya tidak langsung punya ruang untuk menjengah alam maya walau sesaat. Ada hikmahnya lantaran dapatlah kiranya saya bersenang-senang menghabiskan beberapa buah novel walaupun tidaklah punya novel baru. Saya ada terbaca kata seorang penulis, mengulang baca itu akan membawa dimensi baru pada apa yang ditatap setiap kali mengulang baca. Maka, saya tidak jemu mengulang baca Rooftop Rant, Sinergi dan adik-beradiknya.. :) Alhamdulillah.

Hari ini ketika laptop ini diserahkan kepada saya, tersenyum mekar saya menyambutnya.

"tolong taip ini." Kakak menyerahkan sekeping kertas untuk ditaip.

Tidak kisahlah asal sahaja dapat saya membuka ruang dan membuat senaman tangan dengan menaip di sini.

:)

Cuti masih berbaki dua minggu dan minggu ini adalah PBAKL atau nama panjangnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Memang gatal tangan, kaki dan hati saya mahu terbang ke sana, namun tentu sahaja lebih baik saya mendiamkan di rumah dalam keadaan sekarang. :)

Tiada topik apa yang mahu saya tuliskan namun saya sudah mengimpikan untuk ke sebuah negara. TURKI. Setelah membaca dua buah buku travelog yang dikarang oleh Ustaz Hasrizal a.k.a Abu Saif dan Jhaz Kitaro saya seakan dapat membayangkan... Subhanallah.... Apatah lagi jika dapat menjejak Tanah Turki yang kaya dengan sejarah.... =}

Agaknya mungkin benar kata orang, jika kamu tidak dapat menulis, bacalah. Bukankah Dato' A. Samad Said pernah berpesan kepada penulis: Baca, baca, baca, baca dan tulis. Itu resepi untuk sesiapa sahaja yang punya cita untuk menjadi penulis. Semakin banyak membaca (baca: bukan buku sahaja namun membaca persekitaran, membaca menggunakan semua pencaindera yang Allah berikan) semakin banyak input yang boleh ditulis. Mungkin ianya hanya petikan kata-kata namun makna yang terkandung di balik tulisan itulah yang memberi erti.

Sekian, rasanya untuk memanaskan jemari, cukuplah saya menulis takat ini. Ada ketika pasti saya menyambung dan berkongsi apa yang dibaca.. Insya Allah.

04.15 petang.
Qamar Jamilah @ Mahang.
iringan: Selawat atasmu: Now See Heart.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub