Coretan saya kali ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri... Diri yang makin jarang mencoret dalam diari, menukil sajak, menghantar karya, membaca buku. Hanya yang saya tahu, saya makin rajin membeli buku-buku untuk kanak-kanak sekolah menengah.
Walaupun berulang kali saya tuliskan perkara yang sama, sama masih juga mahu mengulang dan ulang di sini.
Jika dahulu, setiap hujung tahun pasti akan ada karya yang saya hantarkan ke majalah. Sejak saya di bangku sekolah rendah, saya suka melakukan rutin ini. Sampai tahun ini, -2010- saya langsung tidak mengepos atau meghantar mel elektronik walaupu satu ke majalah tempatan. Apakah yang terjadi kepada dunia penulisan saya?
DAHULU: "Aku hantar ni aku tak kisah tersiar atau tak. Yang penting aku hantar."
SEKARANG: "Malasnya aku nak hantar."
Maka, saya tidak memperoleh sebarang pendapatan atau wang tambahan untuk membeli buku. Memang, tidak kaya menjadi penulis di Malaysia -setakat ini-, namun kesungguhan untuk berkongsi dengan khalayak adalah penting. Saya seorang penulis materialistik?
Sekarang, orang bercakap tentang menulis adalah salah satu daripada medan dakwah. Maka, setelah Allah luangkan masa, Allah berikan kelebihan untuk saya menulis, saya 'tidak' menggunakan ia untuk sama-sama menggerakkan masyarakat. Lantaran apa yang yang saya, -kegersangan rasa untuk menulis- saya suka menyelungsur ke laman-laman maya yang memuatkan pelbagai cerita dan ilmu. Maka, saya temui banyak laman yang memuatkan pelbagai ilmu dan cerita dan saya kagum dengan penulisnya. Ada yang menyentuh kehidupan mereka seperti diari (aku suka gaya cerita begini), perkongsian tazkirah, travelog dan bermacam-macam lagi. Lalu, saya suka membayangkan tulisan mereka menjadi buku...
Saya masih menulis! Menulis puisi dalam blog, mencoret cerita dalam blog, namun saya rasa kosong dengan penulisan saya. Saya mahukan sesuatu yang lebih besar dan saya akan dapat lebih banyak manfaat. -Ya, saya makin tamak dan kedekut-.
Manuskrip yang saya tulis seperti mahu dicampakkan ke dalam tong sampah. Saya seperti mahu menghumbankan laptop ke dalam gaung. Saya ingin sekali melontarkan telefon genggam ke gunung tinggi... Saya mahu ada pen dan kertas untuk saya menulis. Saya mahu ditemani buku-buku dan seseorang yang dapat memberi saya kekuatan. Ya, dia sentiasa di sisi, kenapa saya abaikan dia???
Jamilah,
"Tetapkan matlamat dalam menulis. Teguhkan hati dan istiqamah dengan dunia penulisan yang kau cintai. Sungguhpun kamu tidak dikenali, jangan menyombong diri. Dekatilah mereka yang pintar dalam penulisan. Tekunilah karya hebat penulis mapan.. Kamu menulis untuk apa, Jamilah?
Dalam kebobrokan dunia kini, masyarakat memerlukan penawar. Maka jangan kau tulis sesuatu yang menggambarkan kerosakan. Mengajak kepada kemungkaran. Tulislah untuk menilai diri dan masyarakt. Mengajak masyarakat kepada indahnya ISLAM.
Jamilah, teruskan menulis, selagi Allah berikan kesempatan itu. :)"

"Semua orang boleh menulis, maka saya juga boleh menulis."
"Ramai orang tak sedar dia boleh menulis, maka saya sedar yang saya mampu menulis."
"Tak semua orang berani menghntar karya ke majalah, maka saya adalah seorang yang berani."
Jika dahulu, setiap hujung tahun pasti akan ada karya yang saya hantarkan ke majalah. Sejak saya di bangku sekolah rendah, saya suka melakukan rutin ini. Sampai tahun ini, -2010- saya langsung tidak mengepos atau meghantar mel elektronik walaupu satu ke majalah tempatan. Apakah yang terjadi kepada dunia penulisan saya?
"Apa dah jadi dengan penulisan?"
"Teruskan menulis"
DAHULU: "Aku hantar ni aku tak kisah tersiar atau tak. Yang penting aku hantar."
SEKARANG: "Malasnya aku nak hantar."
Maka, saya tidak memperoleh sebarang pendapatan atau wang tambahan untuk membeli buku. Memang, tidak kaya menjadi penulis di Malaysia -setakat ini-, namun kesungguhan untuk berkongsi dengan khalayak adalah penting. Saya seorang penulis materialistik?
Sekarang, orang bercakap tentang menulis adalah salah satu daripada medan dakwah. Maka, setelah Allah luangkan masa, Allah berikan kelebihan untuk saya menulis, saya 'tidak' menggunakan ia untuk sama-sama menggerakkan masyarakat. Lantaran apa yang yang saya, -kegersangan rasa untuk menulis- saya suka menyelungsur ke laman-laman maya yang memuatkan pelbagai cerita dan ilmu. Maka, saya temui banyak laman yang memuatkan pelbagai ilmu dan cerita dan saya kagum dengan penulisnya. Ada yang menyentuh kehidupan mereka seperti diari (aku suka gaya cerita begini), perkongsian tazkirah, travelog dan bermacam-macam lagi. Lalu, saya suka membayangkan tulisan mereka menjadi buku...
Saya masih menulis! Menulis puisi dalam blog, mencoret cerita dalam blog, namun saya rasa kosong dengan penulisan saya. Saya mahukan sesuatu yang lebih besar dan saya akan dapat lebih banyak manfaat. -Ya, saya makin tamak dan kedekut-.
Manuskrip yang saya tulis seperti mahu dicampakkan ke dalam tong sampah. Saya seperti mahu menghumbankan laptop ke dalam gaung. Saya ingin sekali melontarkan telefon genggam ke gunung tinggi... Saya mahu ada pen dan kertas untuk saya menulis. Saya mahu ditemani buku-buku dan seseorang yang dapat memberi saya kekuatan. Ya, dia sentiasa di sisi, kenapa saya abaikan dia???
Jamilah,
"Tetapkan matlamat dalam menulis. Teguhkan hati dan istiqamah dengan dunia penulisan yang kau cintai. Sungguhpun kamu tidak dikenali, jangan menyombong diri. Dekatilah mereka yang pintar dalam penulisan. Tekunilah karya hebat penulis mapan.. Kamu menulis untuk apa, Jamilah?
Dalam kebobrokan dunia kini, masyarakat memerlukan penawar. Maka jangan kau tulis sesuatu yang menggambarkan kerosakan. Mengajak kepada kemungkaran. Tulislah untuk menilai diri dan masyarakt. Mengajak masyarakat kepada indahnya ISLAM.
Jamilah, teruskan menulis, selagi Allah berikan kesempatan itu. :)"
28-3-2010
11:25a.m
SAFIYYAH E-1-3
"Aku akan kembali memeriahkan dunia penulisan! Jangan Kau pesongkan niatku. Biarkan aku menjadi dagang, jangan diri ini terjajah."
Comments