Skip to main content

BUDAK BAIK




Mujahadah untuk jadi baik! Istiqamah walau sedikit yang dilakukan

Usai menyerabutkan kepala dengan membaca novel Hlovate yang menggunakan bahasa becampur campur yang saya tidak-boleh-tidak -baca- :VERSUS: saya terfikirkan sesuatu. BUDAK BAIK! Senangkah ingin menjadi budak yang lain?

"Kalau kita pakai tudung labuh namun tak solat, itu belum cukup baik. Begitu juga solat cukup namun tidak cukup baik." Begitulah saya memetik + edit daripada tulisan Hlovate dalam Versus.

Bagaimana mahu menjadi budak yang baik?



"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka."

"Tidaklah Allah membebankan seseorang melainkan dengan perkara yang dapat dipikulnya."

Semuanya perlu bermula dengan diri kita sendiri. Diri saya. Diri Kamu. Diri Kita Semua. Tiada maknanya sekadar bercakap berdegar-degar saya mahu jadi baik, namun solat masih di hujung waktu, pakaiannya belum cukup kain, cakapnya ada umpatan dan kejian. Astagfirullah...

Perjuangan untuk menjadi seorang budak baik bukanlah mudah. Dalam erti kata lain, seorang yang biasa berpeleseran atau samseng jalanan yang mahu menjadi kaki masjid tak lepas daripada pandangan masyarakat. Masyarakat sering memandang serong.

"Budak ini ubahnya tidak lama."

"Si Amir kaki rempit nak ke masjid? Lawaklah.. Ingat senang nak berubah."

Untuk berubah, hati perlu kuat menahan perlian dan cacian masyarakat yang suka melihat sebelah mata kepada mereka yang mahu berubah. Sepatutnya, kita bimbing tangan mereka, berikan sokongan.

Terutamanya kepada golongan yang BELAJAR AGAMA, masyarakat melihat kamu tidak seperti melihat MEREKA YANG BUKAN JURUSAN AGAMA. Masyarakat luar memandang kamu sebagai orang yang akan membuat perubahan pada masa hadapan. Kalian yang perlu menjadi pemimpin generasi Y, membetulkan kesalahan pemimpin sekarang.

Berapa ramai anak-anak muda yang mahu berubah namun tidak nampak jalan untuk membuat perubahan? Berapakah manusia yang Allah tarik hidayah setelah Allah berikan hidayah kepada mereka?

Tidak usahlah saya menuding jari. Lihatlah diri saya sendiri!!! Renung di manakah diri kamu? Apakah yang kamu sumbangkan untuk Islam? Cukup sudahkah sumbangan itu sehingga kamu hanya diam?

Ramai orang nak berubah, mahu jadi baik, namun mereka perlukan sahabat yang menguatkan, bukan sahabat yang meninggalkan mereka lemas dalam arus dunia kefasadan.


26-3-2010
08:10a.m
¬E-1-3 SAFIYYAH¬
"Ya ALLAH, satukan hati kami atas nama Islam. Teguhkan hati kami atas akidah yang satu. Jauhkan kami daripada kefasadan dan suka kepada maksiat."

Comments

Jamilah said…
Ina, jom jadi budak baik.. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub