Skip to main content

Diari Mat Despatch

Tajuk: Diari Mat Despatch
Pengarang: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS O.N.E Sdn Bhd
Harga:RM7.00 (Harga asal RM9.90)
Komen Jamilah: Santai tapi ada makna




Bahruddin Bekri dan buku tulisannya di PBAKL 10

Alhamdulillah! Akhirnya saya telah menyudahkan pembacaan "Diari Mat Despatch." Ceritanya mudah. Seorang anak muda yang lepasan univeristi yang tiada pekerjaan kemudian menjadi Mat Despatch. Dia bahagia dengan kerjanya hingga sanggup menolak tawaran bos untuk menjadi pegawai pemasaran. Masalahnya, beliau senang jatuh hati, namun sangat pemalu.. Dia mahu berubah menjadi lebih baik dan menjadikan diari sebagai bahan untuk memuhasabah diri.Memang saya meminati cerita berbentuk diari. Siapakah yang tidak suka jika dapat membaca diari orang lain? Di situlah kita akan mengetahui rahdia besar pemiliknya. :)


Ikutilah rentetan kehidupan seorang Mat Despatch yang menggunakan nama samaran Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi. Tujuannya supaya jika diarinya ditemui sesiapa rahsianya tidak terbongkar.

PETIKAN DARIPADA DIARI MAT DESPATCH:

"...pertanyaan orang yang berpangkat akan mudah dijawab berbanding orang yang berpangkat seperti aku." m/s26

"Jadi hari ini apa pula yang aku faham dengan diri aku?" m/s 84

"...hidup jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba. Sekiranya kita gagal dalam proses ini, setidak-tidaknya Tuhan sudah tahu niat kita dalam proses itu" m/s:90
Sengaja saya petik kata-kata yang ditulis Idlan dalam diarinya. Banyak sebenarnya kata-kata yang boleh dijadikan nasihat untuk diri sendiri. Pengarang banyak menekankan tentang pentingnya redha ibu bapa. Memang itu jugalah yang beliau katakan ketika PBAKL tempoh hari.

Jika kamu ingin membaca diari Idlan, memang patut membacanya. Sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah yang belajar bahasa Melayu kerana di setiap hari diarinya ditulis, ada tips menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Bahasanya mudah, ayatnya gramatis, dan teladannya banyak. Ceritanya adalah realiti kita hari ini.

Banyak sangat pengajaran yang dapat saya belajar daripada diari yang nipis ini. Semoga ada sambungannya lagi.
*Antara diri dan ibu ayah, ikutlah nasihat mereka, Insya Allah, kita lebih tenang.
*Dalam hidup ini apakah sebenarnya matlamat kita, adakah kita sudah kenal betul-betul dengan diri kita?
*Hidup adalah proses yang hanya selesai setelah kita mati

27-3-2010
08:55a.m
SAFIYYAH E-1-3
"Kesederhanaan itu perlu dalam meniti hidup. Jika terlalu obses, maka sakitnya amat terasa jika sekali kita jatuh."

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub