Skip to main content

Satu Hati Milikku

dua, tiga, empat, lima, enam...

Lima hari rupa-rupanya tiada satu manuskrip yang aku catatkan di sini. Peperiksaan bukanlah alasan namun hanya apabila jemari hanya kaku, maka biarkanlah kata-kata mati di situ. Diam biarkan semua kata berkumpul dalam kepala.

Pagi ini, usai mengisi perut terus aku melangkah ke 'center' selesaikan apa yang perlu dan singgah di sini. Tidak kisahlah esok ada imtihan sekalipun namun hati meronta untuk mengungkap walau hanya sebaris kata.

...

Hati,
hanya satu yang kita miliki,

Dipinjam Allah dalam meniti perjalanan hari,
Ada sihat sakitnya walau dijaga setiap hari,
Ada lapangnya namun sampai masa sempit datang lagi.

Kerana itu Allah berikan orang sekeliling,
mana mungkin hidup sendiri,
Aku juga,
walau menafikan perasaan sendiri,
Tersedar aku kini,
Tidak dapat aku hidup menongkat langit melayan diri.

Sekeliling kita,
Ada wajah yang berharap,
Ada suara yang perlu didengar,
Ada kata-kata hati mesti dihayati.

Berulang kali mengulang perkara yang sama,
Allah tidak jemu tunjukkan jalan kembali ke mula,
Titik awal perjalanan kita,
Sebelum menuju Sana.

Hati yang satu,
Sifatnya lembut namun bisa jadi tersangat keras
Apabila siraman iman makin kurang,
Baja ukhuwah tidak bertambah...

Semuanya hanya kau biar seperti angin lalu,
Membiarkan perasaan kau mati..
Mati sebelum masanya...

Usahlah wahai diri,
Sesungguhnya dalam penciptaan setiap sesuatu,
Pasti ada pengajaran dan sebab.

Carilah dan tukarlah.

Durrah Nur Aqilah
tulisdantulis.
6 April 2011 @ ITD.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi. 
Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri. 
Kemudian, letakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan. 
Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin sebenarnya niatmu sendiri yang …

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS
Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus.

NUSUS
Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini?
Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini:
قول طرفة بن العبد:
نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر
طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil al-muall…

Cerpen: Kembali Bertaut

Kembali Bertaut Jamilah Mohd Norddin
Nazim menelentang di katilnya. Dia mengenang akan pemergian isterinya yang membawa diri. Kedegilannya yang tidak mahu berganjak daripada keputusan yang diambil menjadikan dia seorang perindu. Benarlah kata orang perpisahan mengajar makna kesetiaan. Dia sedar isterinya telah banyak bersabar dengan kerenahnya saban hari. Isterinya telah banyak berkorban untuk kesenangan mereka berdua. Namun saat itu ingatannya hanya tertumpu pada setiausaha genit di pejabatnya, Syahdah.

“Abang, esok kita balik rumah mak Jasmin. Tadi Abah telefon, katanya Mak sakit kuat.”

Selesai makan malam Jasmin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dipandang wajah Nazim yang seolah-olah khusyuk membaca majalah. Nazim langsung tidak mengendah akan apa yang diucapnya. Biarlah hatinya menahan jengkel, ditahan juga rasa hati memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Abang dengar ke idak apa yang Min cakap?”

Jasmin kembali menyoal apabila Nazim hanya membantu. Sakit hati Jasmin melih…