Hohoho, balik kampung, hati riang... Tunggu Acu pulang... |
Alhamdulillah..
Perasaan untuk pulang ke kampung sedang mekar dalam diri. Mahu pulang. Mahu pulang. Mahu pulang.
Mungkin sebenarnya tidak sabar melihat apa yang sudah terjadi di rumah.
Mahu berteman dengan semut dan habuk yang mengganggu buku-buku dalam almari kesayangan.
Mahu melihat kakak yang akan menamatkan zaman bujang.
Mahu bermain dengan anak saudara yang makin pintar.
Mahu melihat wajah ayah bonda...
=)
Tidak mengapalah tahun ini tidak ke bookfair. Sesungguhnya semoga kepulangan ini beri seribu makna buat diri. Terasa lama benar tidak pulang.
Allah, semoga dipermudah segala urusan.
Comments