30 April 2011

...Mahukah Kamu Perbaharui Persahabatan Ini?.


"Perbaharui persahabatan kita, ya?"
"Em, ya."
"Perbaharui macam mana lagi? Tak cukup elokkah?"
Irfan menggeleng.
"Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah."
"Persahabatan kita bukan begitukah?"
"Begitu, tetapi dalam keadaan kita tak faham. Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa persahabatan kita terbina atas dasar iman. Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kau, aku kagum dengan paras rupa kau, atau sebagainya. Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah."
"Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau hanya kerana Allah sahajalah? Bukan sebab kau pandai, kau baik, kau bagus. Begitu?"
Irfan mengangguk. "Dan bersahabat atas iman ini ada satu syarat."
"Apa syaratnya?"
"Saling lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Ilahi yang baik."
"Insya Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan."
(m/s 227:Sinergi-Hilal Asyraf: Galeri Ilmu: 2010)

***
Yang Terindah.
Aduhai sahabatku sayang,
Mari kita perbaharui persahabatan yang terbina ini atas satu nama . Allah. Kala hati kita bertaut atas nama Allah Yang Satu, tentu hilang segala gundah, pergi segala resah. Izinkan aku bersam-sama kamu meniti perjalanan hari. Walaupun aku tidaklah dapat membantu meredakan kesedihan kamu, membuang segala amarah kamu, aku mahu berada dekat denganmu. Berada dalam hatimu.

Sahabat,
Saya sayang kamu kerana Allah.
Kerana Allah sudah menemukan kita atas sebuah persahabatan yang teramat indah sepanjang hayat. Selama kita bersama, aku mampu mengelap air mata yang tumpah, tersenyum walau hati gundah. Apabila persahabatan itu kita jalinkan atas nama Allah Yang Satu, harmoni persahabatan itu menimbulkan resah walau sehari tidak mendengar khabarmu.

Bila kamu menghilangkan diri.
Ketika kamu terasa hati.
Saat kamu mahu bersendiri.

Saya terasa akan ada sesuatu yang kurang dalam diri. Walaupun saya belum layak dan pantas bergelar sahabat, izinkan saya berada di sisimu.. Mendengar kamu bercerita, mendengar kamu meluah kata, mendengar kamu melontar semua rasa..

Sahabat, mari kita perbaharui persahabatan ini.. KERANA ALLAH...
Qamar Jamilah.
09.35/30042011

No comments: