06 April 2011

catatan untuk hati.

Usah berpaling lagi!
Seminggu berbaki sebelum daerah ini aku tinggalkan untuk bercuti. Masih ada empat kertas yang perlu dihabiskan sebelum aku menamatkan semester yang banyak mengajar aku seribu macam makna mengharung sebuah perjalanan yang perlu aku rentangi. (malangnya masih aku mahu melarikan diri.)

Bukan aku tidak sedar yang setiap individu terutamanya yang mengatakan dia 'MUSLIM' perlu bersikap Positif. Menerima semua ujian yang berlaku dengan Solat dan Sabar. Kerana janji Allah hanya orang yang bersolat dan bersabar akan berjaya. Berjaya mengharungi ujian kehidupan.

Allah tidak memberikan sesuatu yang seorang hamba tidak mampu untuk melaluinya. Seberat dan sesukar mana ujian itu sebenarnya diri mampu untuk hadapi. Hanya mungkin disebabkan hati yang sarat dengan bisikan tidak baik, maka jasad berkata:

"Allah, mengapa kau takdirkan ujian ini untuk aku."

Naudzubillah.. Ya Allah, jangan biarkan lagi perasaan itu terus bermain dan menjadi sebahagian perjalana  diri. Aku sedar dan aku tahu yang semua yang Allah aturkan ia berlaku pada diri ini adalah supaya aku belajar sesuatu. Makna sebuah perjalanan. Perjalanan yang sangat singkat sebelum sampai ke Negeri Abadi -Alam Akhirat-. Bagaimana kamu mahu ke sana dengan persediaan yang tiada???

"Allah, Sesungguhnya semuanya punya sebab dan akibat."

Ya. Aku suka ingat  kata-kata dia. Aku suka bila dia bercakap.

"Jamilah ni kalau tak letak atas pokok yang tinggi dia tak bergerak"

Itu antara kata yang aku tidak mahu lupa. Dia suka berikan aku nasihat dan yang paling penting dia suka mengajar aku dengan perbuatan dan bukannya dengan kata-kata. Almaklumlah, budak nan seorang ini lambat jalan dengan hanya cakap, tetapi sekali toinggg... kena atas kepala, barulah dia akan tersedar.

Benar. Mind setting yang salah.

Mind setting yang menentukan apa yang kita buat jadi atau tidak. Asyik cakap tidak boleh memang sampai malamlah kerja tidak siap, tak dapat apa-apa pun dan aktiviti harian... Hm, rasanya dulu selalu aku beri semangat kepada diri sendiri namun semakin lama aku seakan-akan lupa yang diri perlukan semangat selalu. Aku biarkan semangat turun dan turun hingga akhirnya hanya jasad yang masih berfungsi... dan hati detakannya kadang sudah tidak benar lagi.

Kembalilah duhai hati....

No comments: