Skip to main content

Diri, terus menulis!

Coretan saya kali ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri... Diri yang makin jarang mencoret dalam diari, menukil sajak, menghantar karya, membaca buku. Hanya yang saya tahu, saya makin rajin  membeli buku-buku untuk kanak-kanak sekolah menengah.

Walaupun berulang kali saya tuliskan perkara yang sama, sama masih juga mahu mengulang dan ulang di sini.

"Semua orang boleh menulis, maka saya juga boleh menulis."


"Ramai orang tak sedar dia boleh menulis, maka saya sedar yang saya mampu menulis."



"Tak semua orang berani menghntar karya ke  majalah, maka saya adalah seorang yang berani."

Jika dahulu, setiap hujung tahun pasti akan ada karya yang saya hantarkan ke majalah. Sejak saya di bangku sekolah rendah, saya suka melakukan rutin ini. Sampai tahun ini, -2010- saya langsung tidak mengepos atau meghantar mel elektronik walaupu  satu ke majalah tempatan. Apakah yang terjadi kepada dunia penulisan saya?

"Apa dah jadi dengan penulisan?"
"Teruskan menulis"


DAHULU: "Aku hantar ni aku tak kisah tersiar atau tak. Yang penting aku hantar."
SEKARANG: "Malasnya aku nak hantar."

Maka, saya tidak memperoleh sebarang pendapatan atau wang tambahan untuk membeli buku. Memang, tidak kaya menjadi penulis di Malaysia -setakat ini-, namun kesungguhan untuk berkongsi dengan khalayak adalah penting. Saya seorang penulis materialistik?

Sekarang, orang bercakap tentang menulis adalah salah satu daripada medan dakwah. Maka, setelah Allah luangkan masa, Allah berikan kelebihan untuk saya menulis, saya 'tidak' menggunakan ia untuk sama-sama menggerakkan masyarakat. Lantaran apa yang yang saya, -kegersangan rasa untuk menulis- saya suka menyelungsur ke laman-laman maya yang memuatkan pelbagai cerita dan ilmu. Maka, saya temui banyak laman yang memuatkan pelbagai ilmu dan cerita dan saya kagum dengan penulisnya. Ada yang menyentuh kehidupan mereka seperti diari (aku suka gaya cerita begini), perkongsian tazkirah, travelog dan bermacam-macam lagi. Lalu, saya suka membayangkan tulisan mereka menjadi buku...

Saya masih menulis! Menulis puisi dalam blog, mencoret cerita dalam blog, namun saya rasa kosong dengan penulisan saya. Saya mahukan sesuatu yang lebih besar dan saya akan dapat lebih banyak manfaat. -Ya, saya makin tamak dan kedekut-.

Manuskrip yang saya tulis seperti mahu dicampakkan ke dalam  tong sampah. Saya seperti mahu menghumbankan laptop ke dalam gaung. Saya ingin sekali melontarkan telefon genggam ke gunung tinggi... Saya mahu ada pen dan kertas untuk saya menulis. Saya mahu ditemani buku-buku dan seseorang yang dapat memberi saya kekuatan. Ya, dia sentiasa di sisi, kenapa saya abaikan dia???

Jamilah,
"Tetapkan matlamat dalam menulis. Teguhkan hati dan istiqamah dengan dunia penulisan yang kau cintai. Sungguhpun kamu tidak dikenali, jangan menyombong diri. Dekatilah mereka yang pintar dalam penulisan. Tekunilah karya hebat penulis mapan.. Kamu menulis untuk apa, Jamilah?

Dalam kebobrokan dunia kini, masyarakat memerlukan penawar. Maka jangan kau tulis sesuatu yang menggambarkan kerosakan. Mengajak kepada kemungkaran. Tulislah untuk menilai diri dan masyarakt. Mengajak masyarakat kepada indahnya ISLAM.

Jamilah, teruskan menulis, selagi Allah berikan kesempatan itu. :)"

28-3-2010
11:25a.m
SAFIYYAH E-1-3
"Aku akan kembali memeriahkan dunia penulisan! Jangan Kau pesongkan niatku. Biarkan aku menjadi dagang, jangan diri ini terjajah."

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub