???

Bila kamu tak mampu beban, jangan cuba galaskan ia pada pundakmu, takut yang dikendung berterabur, yang dikejar habis hilang. Bahaya sungguh sifat meninggi diri jika dibiar bersarang dalam diri dan sanubari. Cuba kau bayangkan, kau mengaku boleh memegang jawatan sebagai seorang pengawas sedangkan kamu tahu kamu tak mampu menepati masa.

 Bila kita fikir kita hebat bagus, tapi jika kita fikir tiada yang lebih baik daripada kita, alamatnya dirinya nak binasa. Mungkin untuk menguji kemampuan diri, itu suatu yang mungkin akan tetapi cuba kau bayangkan, kau gah dengan kemampuan yang tidak setara mana, mengharap orang lain memuji, jangan harap. Semua orang yang melihat menyampah dah tak berselera untuk bergaul dengan insan-insan sebegini.

Ada sebab aku memasukkan entri ini. Aku semakin keliru dengan diri sendiri. Ada masa aku semacam mula mengenal diri, namun sampai satu masa aku sendiri kecundang. Apa yang aku buat sebenarnya?

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut