Hari ini aku akan menghadapi peperiksaan...
KALAM...
memerlukan aku bercakap dalam tempoh 10 minit. Hm, tempoh peperiksaan paling singkat dalam sejarah hidup. Aku harapkan dapat buat yang terbaik setelah saban minggu diberi tugas taqdim oleh ustaz...
Tak dapat yang terbaik pun sekurangnya melepasi target diri sendiri. Aku boleh agak markah bila aku cakap setiap hari, dicampur gagap...
Semuanya memerlukan latihan berterusan dan keyakinan dalam diri yang mantap. JIka tidak tak mungkin kita akan berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini. Aku pasti kawan-kawan yang lain akan mendapat A, berdasarkan kefasihan dalam kelas dan keyakinan ketika bercakap.
Tiada istilah tak tahu bagi mereka yang mahu. Setiap orang mempunyai potensi yang sama, tetapi bagaimana dia menggunakan potensi yang ada untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri....
Tanyalah dan renungkan ke dalam diri.
MAN ANA?
MIN AINA?
ILA AINA?
LIMAZA ANA FI DUNYA?
Ingatlah wahai diri yang berbicara, setiap patah akan dikira dan awas pada yang diam, mungkin diammu menimbulkan ketidakselesaan dan fitnah bagi orang lain...
Comments