Semua orang cakap menulis mudah dapat duit. Tapi hakikatnya tidak semudah itu.
Mungkin senang bagi penulis popular dan luas pengalaman, tapi bagi yang baru memulakan langkah, bukan sesuatu yang mudah. Payah.
Kena berfikiran positif? Aku tak bermaksud menakutkan sesiapa yang mahu belajar menulis, tapi nak menulis senang tapi, bagaimana dengan tulisan kita. Adakah memberi kesan pada orang lain. Mengajak orang lain membuat kebaikan? atau mendorong kawan-kawan melakukan maksiat.
Besar tanggungjkawab tu, entah bagaimana mahu dijawab depan Maha Pencipta kelak. Penulis akan bertanggungjawab setiap patah tulisannya. Adakah dia sendiri tidak melaksanakan apa yang ditulis selama ini. Itu yang aku paling takut. Aku bukannya arif benar dalam dunia penulisan.
Tapi aku mencuba untuk terjun walaupun hakikatnta tidak selalu serius. Aku seringkali cemburu melihat orang lain banyak pengetahuan, sedangkan aku tidak mengkorek rahsia kejayaan mereka. Aku membiarkan bakat aku pergi...
Ya setiap insan bakatnya lain-lain. Tuhan berikan keistimewaan dan ada kelamahan di situ. Aku perhatikan dalam diri aku sendiri dan amat mengakuinya.
Mungkin niat aku belum betul-betul. Dan kini aku kekeringan idea untuk menulis. Adakah sehingga detik ini perjalanan aku dalam dunia penulisan? YA ALLAH, kuatkan hati aku untuk merentasi belantara dunia penulisan agar tak tersesat...
Terjumpa binatang buas, harapnya aku tak dimakan binatang itu. Ternampak tumbuhan cantik harapnya aku tak terleka, selamatkan aku dan kawan-kawan aku Ya ALLAH.
Comments