Skip to main content

Posts

Sakit

Ketika "otak sakit", badan lekas terasa penat. Rasa penat yang luar biasa. Padahal tidak fikir apa-apa sangat. Entah apalah sebenarnya yang bersarang di minda. Berjurai air mata turun. Di bilik. Di perpustakaan. Di surau. Tanpa mampu ditahan-tahan. Baru separuh perjalanan. Jika fikirkan kerja, rasanya aku belum mulakan kerja. Aku fikir sedikit sahaja. Bercerita sedikit apa yang aku rasa. Namun air mata kali ini berpanjangan. Sudah dua hari. Dua hari berteman air mata tanpa sebab yang jelas. ...Semoga diberi kekuatan, selalu.

Terima Kasih, masa silam!

Semalam, di Citra Seni. Kami mendengar saudara Namron bercerita tentang masa keci kerjaya beliau. Sampai aku membuat kesimpulan. Seorang yang hebat ada kisah yang hebat di belakang. Tragedi. Yang menjadikan dia kuat dan menjadi seseorang pada hari ini. Aku ketawa juga ketika beliau kata tentang anak kura-kura itu lucu. Sebenarnya kisah itu sedih. Sedih sampai jika Namron sambung bercerita, mataku yang bergenang akan basah dengan air mata. Aku yang tidak bersyukur dengan setiap aku dapat untuk perjalanan 30 tahun ini. Aku masih menangis untuk kesakitan yang sedikit. Masih menangis sebab tak cukup duit. Masih menangis sebab kena minta duit dengan kakak sebab duit sudah habis untuk makan dan tambang. Sampai semalam, aku membuat keputusan berat. Ada buku-buku yang akan aku lepaskan sebelum aku peroleh sumber pendapatan lain. Aku percaya, satu pintu tertutup, akan banyak pintu lain akan terbuka. Hanya aku yang tidak mengetuknya atau cuba memasuki pintu yang terbuka. Aku percaya perj...
Dia selalu gagal mengurus hal kewangan sendiri. Sejak dahuli. Sejak dia bersekolah. Ketika dia mula pandai mengenal bahan bacaan, setiap minggi ada sahaja duit belanja yanh jadi Akhbar Didik atau Majalah Kuntum. Ya, itulah cara dia membelanja wang yang dibekalkan untuk membeli makanan di sekolah. Masuk sekolah menengah demikian juga. Ada biasiswa, ada duit belanja, jadi buku. Jadi bahan bacaan. Dapat duit karya, akhirya menjadi tua tanpa simpanan dan tiada pekerjaan. Kata orang, tidak usaha manakan dapat. Akulah itu. Yang selalu mengharap ada yang membantu. Bulan ini, kewangan lebih terhad. Aku cuba berjimat sedapat mungkin. Mencatu makanan sendiri. Menyediakan bekalan kurma dan air glukos untuk bekalan semasa lapar sepanjang aku ke kelas. Aku perlu melakukannya. Lantaran sudah terlalu banyak wang kakak-kakak yang aku belanjakan selama hampir dua tahun aku tidak bekerja ini. Dua tahun aku menumpang kewangan orang lain. Aku yang selalu bergantung harap pada orang yang mmbantu. M...

Semester Baharu

Selesai sudah percutian dua bulan lebih untuk tahun pertama. Dan kini aku sudah memasuki tahun kedua. Tahun yang tidak lagi boleh ber'honey-moon'. Semester yang ada kelas Isnin-Jumaat. Kelas yang ada banyak praktikal penulisan. Sudah namanya pelajar Penulisan Kreatif... Aku cuma berharap dapat menjalani semester ini baik-baik. Dan emosi aku juga akan baik-baik sahaja. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sampai Bila?

Ketika melihat kejayaan orang lain, tentunya akan ada suara-suara dalam diri yang mempersoalkan akan kemampuan diri sendiri. Mengapa tidak juga engkau melakukan hal yang serupa? Berusaha untuk membaiki diri dan mencapai impian-impian yang belum terealisasi. Tidak semesti impian besar dan gah. Impian-impian kecil juga perlu ditunaikan. Mengikut kemampuan dan kemahuan diri sendiri untuk mecapainya. Asalkan engkau terus berjalan, engkau tidak perlu gusar akan hasilnya. Ada hasil untuk orang yang berdoa dan berusaha. Bukan yang duduk sahaja dan mengaharapkan akan keajaiban yang berlaku. Sampai bila engkau perlu berusaha untuk memenuhi keperluan diri? Sampai mati. Tentu sekali engkau pernah mendengar, jika ada di tanganmu benih, dan ketika itu akan terjadi kiamat, engkau perlu tanam benih benih itu ke dalam tanah. Sampai demikian perlunya kita berusaha dan melakukan kerja, bukan hanya duduk-duduk dan mengharapkan akan ada kejayaan yang akan mendatangi diri. Penantian yang sia-sia. Pe...

Menutup Ogos di Istana Budaya

Ogos selalu menjadi istimewa untuk seorang Jamilah. Bulan yang menyaksikan bilangan angka usia bertambah satu. Yang memberi erti semakin berkurang masa hidup. Selepas melihat iklan Tanah Akhirku dan merasakan aku mampu membayar harga tiket kali ini, aku menyimpan angan untuk ke sana lagi. Sekali untuk tahun 2018. Cukuplah setahun menonton sebuah teater di sana. Bermula dengan cadangan mahu menonton bersama Kak Wanie Suhaini, namun tidak diizinkan rancangan itu terjadi. Aku tekad mahu menonton sendirian, pada sesi petang 31 Ogos. Namun malam 30 Ogos, aku cuba bertanya rakan sebaya, Wanza. Alhamdulillah, dia ada kesempatan masa pada 31 Ogos, malam untuk sama-sama menonton teater ini. Antara kegembiraan aku, membawa rakan-rakan sama-sama menonton teater di Istana Budaya. Dan aku bersyukur, dia gembira menyaksikan teater ini. “Lupa semua hal bila sedang menonton. Hanyut...” Teater sempena merdeka. Seperti tajuknya, Tanah Akhirku. Tentang seorang gadis, adik dan ibunya yang ke Tana...

Akhir Nanti

Nanti akhirnya yang tinggal, diri sendiri yang akan mengubati kesakitan-kesakitan dalam jiwa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.