Skip to main content

Posts

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. " malam ini hanya gambar bisu ini bersuara."

Tentang DUA

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dua puluh enam Februari dua ribu tiga belas. Ada dua kisah kisah yang mahu aku ceritakan. Perihal hari kedua aku bekerja dan bengkel kedua Ma’ruf Pena. Aku budak sedang belajar. Mencari titik kekuatan dan mengembalikan keberanian. Cerita 1. Hari kedua aku bekerja di bawah selian ustazah. Kesalahan banyak dilakukan, sebab aku harus membiasakan diri dengan perkara yang betul bukan sesuatu yang aku rasakan betul. Perlu menjadi seorang yang sensitif walau kesalahannya hanya satu titik atau tersalah tanda bacaan. Belajar, belajar dan terus belajar. Kita mulakan dengan kisah semalam. Hari pertama seorang bernama Jamilah melangkah ke dunia pekerjaan. Masih malu-malu alah dengan para senior. Pagi Isnin 25 Febuari aku mulakan dengan langkah kanan menuju tangga besar.  Aku bakal memulakan tugas di Sri Damansara. Tepatnya di Telaga Biru. Cuaca redup. Sedingin hati dan perasaanku...

membaca, menulis

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Sebenarnya pasti ramai sekali yang minat dan mahu menulis. Empat hari membuka booth kecil di UIAM, bertemu beberapa orang 'sisters' yang minat menulis. Kata salah seorang, "ya lah, bila kita baca buku, tak rasa macam itu yang mahu dibaca. Sebab itu mahu menulis." melihat ke hadapan: UIA yang akan ditinggalkan, selamat berkenalan bumi Sri Damansara

kata untuk diri sendiri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "masa singkat nian, cepatnya hari demi hari meninggalkan diri, yang tertinggal adalah jejak yang kosong atau berisi? semakin bertambah soal pada diri, adakah bersedia jawapan hari Nanti? Jika mendengar kisah lemahnya dia, semoga doa yang terhantar, dan pengajaran yang dipelajari, sebab dalam lemahnya seseorang, ada kekuatan dalam diri setiap yang bernama manusia. Fokusnya seseorang pada sesuatu, ada kurangnya dia pada sisi lain. Manusia bukan mesin, dan bukan juga sekadar bermain emosi. Dalam setiap pahit manis ada rahmat. Pesan ustaz Ebit dalam IKIM, ingat, walau apa yang terjadi ada rahmat! Ingat ini selalu dalam diri. "Ada rahmat. ada rahmat. ada rahmat." nescaya, kamu akan tenang." "clumsy. kalut. gelabah"

P4, HS

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Minggu ini bermula 18 Februari (hari ini) sehingga 22 Febuari 2013, aku membuka booth letaknya berhampiran kafe HS UIAM. Jika sebelum ini, semasa semester pendek aku membuka booth di P3,  minggu ini aku membuka di P4. Sebaris kedai ini ada yang menjual durian creep, bermacam barang kesihatan, belajar bahsa dan SLEU. Ini minggu terakhir aku di sini. Selepas ini pasti merindukan suasananya. Walupun hanya dududk-duduk dan melihat manusia, aku tertanya soalan ini kepada diri sendiri. "Tidak cemburukah aku melihat orang pergi dan balik kelas?" Dalam ramai-ramai pelanggan tadi, ada seorang kakak ini menyapa: "ada buku himpunan kisah nabi-nabi tak? Mahu jadikan hantaran kahwin." Dan seorang kakak berkata setelah melihat buku kompilasi aku terima nikahnya. "Akak ni dah ada cucu. Mungkin boleh tengok, beri pada anak. Akak tak bawa duitlah pula. Sekadar j...

Shamsiah Fakeh, Azzah AR

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Beliau seorang perempuan. Anak kepada Sutan Fakeh. Beliau membesar sebagai gadis dan berakhir sebagai pejuang kemerdekaan. Kisah ini sisi jujur seorang Shamsiah Fakeh yang dikata seorang anggota PKM. Beliau pejuang yang tidak didendang. Ah, berapa banyak sejarah yang digelapkan demi melindungi orang yang punya kepentingan. Shamsiah Fakeh menemani perjalanan aku semalam. (UIA ---> LRT GOMBAK ---> LRT Asia Jaya ---> Metro 99 ke Kota Damansara) dan pulangnya. Membacanya rentetan kisah beliau sejak kecil sehingga beliau meninggal pada 2008, meninggal kesan dalam diri. Seorang pejuang  yang benar-benar berjuang demi negara. Bacalah, untuk tahu kisah sebenar! " Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah berkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Dunia Baharu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Allah, sekiranya ini terbaik untukku, aku terima apa sahaja keputusan yang dibuat."  Keputusan itu aku ambil. Peluang yang ada depan matalah yang perlu direbut, sebab yang di hadapan belum pasti milik kita. Itulah yang aku dapat hari ini. Kata aku, berani buat berani hadapi. Allah yang menetapkan rezeki buat setiap hamba. Sembang-sembang dengan kawan yang baharu sahaja dikenal, dan keinginan kuat dalam diri kerana ia sesuatu yang aku suka, aku bersetuju untuk bekerja. Hasilnya, Allah izinkan aku memulakan langkah baharu. Aku budak yang masih memulakan langkah dalam dunia sebenar, dan banyak yang mesti aku belajar sepanjang kembara dan permulaan kisah baharu ini. Tinggal diri sendiri mengubah ' attitude' dan bersikap dewasa. Suka aku mengimbas kenangan pada hari temuduga. Ada soalan yang aku terdiam tanpa jawapan. Saat itu, aku memang pasrah, sebab aku t...