Skip to main content

Posts

masih.

.belum pulang ke kampung sebagaimana sepatutnya. .Oh, aku juga semakin tidak kenal dengan diri sendiri. Mahu SEGERA kembali. Mengenal diri yang dulu. Semangat lama. Semakin membantah. Dalam diam dan nyata. Kata seseorang aku tidak suka di bawah arahan. Sedang aku suka mengikut perintah. Syaitan. Hati yang kotor. Memang mudah aku cakap itu ini begitu begini. Memang senang aku menulis macam-macam perkara. Sedang hakikatnya.... Takut dengan diri sendiri dan tidak berusaha untuk lari. Bukan aku tidak cuba untuk berlawan dengan 'dinasour' dalam diri, sering pula berakhir dengan tidak mengerti. Dia berkata. Aku membantah. Syukur sebenarnya masih ada yang mahu menegur aku. Siapakah yang tidak mahu berubah? .Tidak ada sesiapa. Jika orang lain penat dengan diri ini, apatah lagi batang tubuh yang menghadapnya hari-hari. Belakang orang senang aku kata mahu jujur. Mahu bercerita. Mengapa suara itu tidak terluah ketika di depan mata? Hanya akan menyakitkan dan terus menyakitkan. Akukah yan...

Masih Aku Di sini...

Aku tahu betapa kesakitan menyakiti perasaan orang lain lama-lama akan merantai diri. Ia sesuatu yang tidak dapat dinukil dengan aksara dan diterjemah dengan titisan air mata. Lukanya akan kekal di situ hingga ia sembuh sendiri. Berulang kali mereka memberi mesej bertanya sudahkah aku mendapat kerja. Aku tidak kisah. Semuanya terjadi kerana perbuatan aku dan dangkalnya diri dalam mencari kehidupan sendiri. Belajar main-main seolah-olah semuanya akan dapat dengan hanya pejamkan mata. Aku tahu, aku tidak serius langsung dalam belajar. Allah memberi lebih. Lebih daripada usaha aku selama ini. Menulis di sini banyak membuka pekung di dada sebenarnya. Biarlah. Kalian yang membaca apa yang aku tulis, usah menjadi seperti aku. Aku yang pandai menyakiti namun tidak pantas meminta maaf. Aku yang suka ikut perasaan, tidak pandai meluah rasa, egositik, sombong, tidak pernah tolong orang. Apa yang kalian baca, apa yang kalian lihat segala yang aku nukil dalam manuskrip ini, adalah terjemahan rasa....

Durrah Nur Aqilah: Kisah Berulang.

New hope. Ya Allah, semua yang Engkau beri adalah yang terbaik untuk aku. Aku percaya dan sangat percaya sesungguhnya Allah mengaturkan yang terbaik walaupun pada zahirnya seakan ia meragut separuh kekuatan diri yang baru bertunas semula. Kisah berulang lagi dalam versi berbeza. Ya Allah, sesungguhnya akan aku terus bangkit dan bangkit demi sebuah kehidupan. Sedar aku bahawa telah banyak masa yang aku bazirkan, Telah beribu duit kakak-kakak digunakan untuk aku, tidak terkira pelaburan ayah untuk aku. Aku tahu, akan sampai mereka penat dengan ulah yang aku reka. Akan tiba satu saat aku perlu menanggung akibat daripada satu demi satu peristiwa yang terjadi dalam lipatan kisah harian aku. Salah aku. Bukan salah orang orang lain. Bukan salah sesiapa. Lalu, semalam, air mata itu menganak sungai lagi. Sukar untuk dihentikan sebagaimana sukar aku memulakan tangisan. Air mata ini terhad pada masa dan tempoh tertentu sahaja. Akhirnya, aku percaya dan terima. Ini takdir terindah dalam hidup aku....

Random Rant 7

Rasa bahagia sudah membersihkan kesan kedatangan monyet semalam. (perlukah aku tuliskan juga di sini?) haha. Yang penting aku puas. =) Yeay! Panjat tingkap. Alihkan semula tilam ke tempat asal. Turunkan loker makanan ke tempatnya. Basuh cadar, langsir, selimut, dan semua tupperware serta bekas makanan. Cuci tingkap kesan susu tepung yang dilarikan monyet. Lap lantai. Cuci kipas. Cukup. Rasa bahagia apabila semuanya kembali ke asal. Cuma memang tingkap itu langsung tidak dibuka kini. Haha. Untuk keselamatan diri sendiri dan teman sebilik. Seronok juga apabila kembali meletakkan tilam di tempatnya, aku tiada ruang lagi untuk berlena-lenaan sesuka hati. BAHAGIA! Bahagia itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata kan. Sekali sekala aku melakukan kerja dengan sepenuh kudrat dan kesungguhan yang luar biasa.. Rasa puas apabila melangsaikannya. Petang tadi, memaksa diri melakukan sesuatu hingga akhirnya malam itu ia berulang lagi, tanpa aku perlu paksakan diri. Melayan diri. Aku tidak pernah da...

Lagu Jiwang.

Yovie & Nuno - Menjaga Hati masih tertinggal bayanganmu yang telah membekas di relung hatiku hujan tanpa henti seolah bertanda cinta tak disini lagi kau telah berpaling biarkan aku menjaga perasaan ini menjaga segenap cinta yang telah kau beri engkau pergi aku takkan pergi kau menjauh aku takkan jauh sebenarnya diriku masih mengharapkanmu ooh oooh masih adakah cahaya rindumu yang dulu selalu cerminkan hatimu aku takkan bisa menghapus dirimu meskipun kulihat kau kini diseberang sana andai akhirnya kau tak juga kembali aku tetap sendiri menjaga hati sejujurnya ak masih mengharapkanmu oooh ooohh *** Aku mula mendengar lagu ini apabila melihatnya tajuknya di laptop kak Ema. Mendengar sekali terus aku mendengar berulang kali tanpa jemu. Entah, yang pasti aku sukakannya dan tidak jemu-jemu mengulang dengar....

Alkisahnya cik Nyet di D4.4

~Bukan gambar di tempat kejadian~ Hari ini cuaca terang. Malah lebih terang daripada hari-hari biasa. Aku sudah pulang daripada Teratak Gumbira dan kembali ke Teratak Damai. Petang ini Imtihan nihaie Lisaniyyat sebagaimana yang dijadualkan. Sampai sahaja, terus jendela aku buka seluas-luasnya dan langsir diselak selebar mungkin. Ini tabiat apabila aku ketika berada di bilik bagi memastikan udara bersih masuk ke dalam bilik aku. Semuanya seperti biasa. Membancuh susu sejag untuk diminum dan melihat baki susu yang tinggal dalam botol. Sasaran aku adalah untuk menghabiskannya sebelum bercuti selama dua bulan. Lalu, susu berbaki aku pindahkan ke dalam bekas lain. Alkisahnya, tengahari aku menyeterika baju sebanyak dua helai untuk dipakai petang ke dewan peperiksaan dan kemudiannya mahu berehat lagi di bawah meja. Kononnya melepaskan lelah sambil tangan enak menconteng buku catatan. Ternampak seakan benda blat bergerak-gerak. Hati berdetik : “Apakah?” Dalam fikiran sudah ternampak bermaca...

Short Sem's Story: Words to Say

Pagi ini saya menulis ikut suka hati. 1. Aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini. Sengaja, walaupun hakikatnya banyak masa telah aku bazirkan dengan hanya melepak bawah meja. Masih lama aku di sini dan tentu sahaja sahabatku akan grad terlebih dahulu berbanding aku. 2. Hari ini kelas terakhir sebelum imtihan nihaie Khamis ini. Alhamdulillah kerana aku lebih suka periksa awal daripada lama terpaksa menunggu sebelum tiba hari peperiksaan. Alhamdulillah, insya Allah akan tamatkan semester ini tanpa masalah seperti yang lalu. Macam-macam masalah suka direka dan telah menyusahkan sahabat-sahabat aku. Maafkan aku. 3.Recovered. Demam mengada-ngada aku sudah hilang. Memang manjakan diri walaupun sedikit. Ahaks. Susah dan tidak akan mengaku depan orang sebab sebenarnya tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Masih sempat ke OTK, masih boleh turun-naik-turun naik tangga untuk menonton televisyen di bilik tivi. Aku ini memang suka makan lada dan mengada-ngada... Semoga sesiapa yang...