Skip to main content

Jika Dia Bukan Jodoh Kamu

Aku membaca sebuah buku yang bercerita kisah-kisah orang bertemu jodoh. Banyak jalan yang dilalui oleh seseorang sebelum bertemu yang dinamakan jodoh. Seandainya dia bukan jodohmu, ada jalan-jalan yang menghalang. Itu sesuatu yang harus engkau percaya.

Suatu masa. Aku berbual dengan rakan sebilik tentang kisah jodoh yang tidak kesampaian. Kisah yang Allah aturkan, untuk aku melalui sebuah pengalaman. Allah memberi yang kita perlu, bukan kita mahu.

Aku tidak mengenali dia secara nyata. Hanya tahu namanya sebagai seorang penulis. Tidak ingat bagaimana, kami berkawan di Facebook. Tidak pernah menyapa. Sampai suatu masa, dia memberi salam perkenalan.

Jiwa muda. Yang ingin merasakan pengalaman lain. Namun aku sedarkan diri. Bukankah mahu menyimpan rasa itu untuk seseorang yang halal. Aku tidak mahu menyakiti atau disakiti. Aku tahu kesakitan hati adalah suatu yang tidak mampu aku tanggung.

Dia datang kepadaku pada suatu Ramadan. Tidak lama, aku bertanya tentang tujuannya. Dan aku seperti sudah membuka sedikit pintu hati. Namun kembali aku teringat. Diri enggan disakiti atau menyakiti.

Ramadan itu kami berkenalan. Serius. Dan Ramadan itu aku memutuskan untuk tidak menyakiti, namun tetap aku menyakiti. Aku tahu rasa itu.

Diam. Selesai Ramadan. Selepas beberapa siri perbincangan, kami membawa haluan. Masih berkawan di Facebook. Masih tahu berita. Aku kadang-kadang melihat juga khabarnya.

Dua tahun rasanya, sunyi tanpa khabar. Khabar terakhirnya aku tidak balas. Syawal. Aku menerima khabar duka... Dia yang pernah memberi salam perkenalan sudah tiada. Tiada lagi di dunia... Semoga dia bertemu bidadari di sana...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...