Skip to main content

Suatu Catatan Pagi November

Kita melihat kehidupan orang lain, bukan untuk cemburu. Namun untuk belajar sesuatu. Sesuatu yang kita tidak punya atau belum pernah belajar sebelum ini. Hati. Hati yang perlu dijaga sebaiknya agar rasa tidak enak tidak melintas. Mulut yang perlu disantuni agar tidak menuturkan sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri.

Pergaulan aku tidak luas. Hanya dalam lingkungan kecil. Sama ada aku belajar dahulu. Zaman bekerja. Atau kini ketika aku kembali bergelar pelajar. Mungkin aku yang terlalu meletakkan diri aku di belakang, tidak memberanikan diri membuka ruang komunikasi baharu. Meskipun sesama rakan sekelas. Tidak patut sebenarnya, namun mungkin sebenarnya rasa takut dan rendah diri yang ada dalam diri masih menghalang aku. Rasa tidak punya apa-apa. Jadi lebih baik aku hanya memandang dari jauh.

Usia 30 tahun ini, aku cuba lebih gembira dengan hal-hal yang sedang aku lakukan. Meskipun panjang sungguh perjalanan ini, aku mengharapkan hasilnya akan menggembirakan aku kelak. Ayah, walaupun tidak cemerlang, adik mahu hadiahkan ijazah sarjana muda ini untuk ayah. Untuk kakak-kakak yang setia berkorban meskipun punya tanggungjawab besar terhadap keluarga. Setiap perjalanan, ada pengorbanan ramai orang di belakangnya. Aku tidak boleh persiakannya lagi.

Biarlah aku jatuh berulang kali, asal aku bangkit kembali. Itu yang lebih utama. Kisah-kisah semalam tidak aku lupakan, namun lebih utama aku perlu meneruskan perjalanan. Tidak berhenti sekerat jalan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...