Catatan Hati Durrah Nur Aqilah Catatan 10 Bisik-bisik Kecil Penulis: Ila Husna Bisik satu Dalam hati, muncul satu soalan. Mengapakah ada cita dalam diri mahu menjadi penulis? Soalan ini gagal dijawab diri sendiri. Aku terdiam. Jemari yang galak mengetik terhenti. Mengapa? Ia sebuah soalan subjektif. Tidak punya pilihan A, B, dan C. Jawapan sebenarnya ada tersimpan dalam diri. Aku punya impian, angan-angan, cita dan apa jua yang setara dengan mimpi. Malang , acapkali dihapuskan oleh menung kosong. Allah sedang melorongkan jalan buat aku merealisasikan impian. Aku tidak boleh sia-siakannya, mesti manfaatkan peluang ini. Bina diri. Jangan rasa rendah diri hanya perlu rendah hati. Aku menulis sebab aku mahu berkongsi dengan orang lain. Aku harus meluaskan pergaulan dan pembacaan untuk menjadi penulis sebenar. Sekiranya aku sekadar mahu main-main itu tidak jadi masalah. Jadilah penulis popular. Bisik dua Hidup perlukan matlamat dan matla...
catatan untuk mengabadikan