Skip to main content

BLOG BARU LAGI?


Aku sedang menanti entri ke 300.. Untuk mengubah blog ini kepada wajah baru... 


hehe, hampir tiga tahun aku mengendalikan blog yang pengisiannya lebih banyak berkisar soal peribadi ini.. Cukup 300 entri, aku mahu menukar wajah baru.. Insya ALLAH...

Aku gemar menatap blog yang punya manfaat dan bicara yang menyentuh hati. Sedangkan aku tak mampu langsung menyentuh hati orang lain.. Benarlah hati yang mati selamanya tak mampu menghidupkan hati yang hidup.. Jadi pengisian aku di sini banyaknya berkisar kehidupan peribadi suasana persekitaran aku..

Ada cadangan apa yang boleh aku lakukan untuk blog baru aku nanti? Hehe.. Soalan yang juga ditujukan buat diri sendiri... Contohilah blog yang memberi manfaat..

Penulis, katanya bisa mengubah dan menghancurkan dunia... Lihatlah al-Quran dan segala mukjizatnya.. kebal dan sentiasa ALLAH lindungi.. Namun setakat mana kita hadirkan al-Quran dalam jiwa kit?

Soalan ini pada diri sendiri, dan pada yang menatap catatan kecil ini..Peringatan buat diri yang lalai...

Sering aku tanyakan dan bercakap pada diri tentang keterlibatan aku dalam dunia penulisan. LAntaran aku akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang aku tulis...

Menulis tanpa melakukan adalah sesuatu yang dahsyat dan amat teruk!!!
Di eksempatan ini, aku emngucapkan terima kasih atas kunjungan semua pada blog sederhana ini.. Catatan seorang insan bernama JAmilah...

Comments

Anonymous said…
(= , mau yang baru lagi?tak sabar nak tatap ^^ moga segalanya bermanfaat , moga ALLAH redha (=
Insya Allah tiada yang baru. Mahu kekal menulis di laman ini. Entri ini re-pos entri lama. :]

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub