cari cara untuk senyum. Kata ayah lewat kepulangan saya, pada satu kejadian : āsemuanya tertulis di atas sana. Jika tidak jadi begini, cara lain juga akan berlaku.ā Haruman desa masih melekat di badan, segar di ingatan yang menumbuhkan senyuman di bibir. Pagi itu, dengan bersemangat saya melangkah ke kelas Reading Classical Prose yang bermula jam lapan pagi. Aura yang dibawa pulang mengubah cuaca dalam diri yang sebelum ini terasa mendung. Kepulangan ini, kepulangan bererti buat diri sendiri. Taufiq, Umairah, Haini, Khadijah, Izzati, Yasmin, Salwa dan saya adalah lapan daripada sebelas pelajar Reading Classical Prose (baca: RCP, belajar beberapa prosa klasik dalam bahasa Arab seperti kisah 1001 malam) yang berlangsung dalam bilik mesyuarat disebabkan kelas belum dibuka. Kebiasaan saya dalam kelas, kedudukan belakang menjadi pilihan hati. Kali ini, kerusi paling depan saya tarik. Aura kampung! Sebelum ini, Umairah berpesan, ustaz meminta kami membaca sebelum kelas dimulakan....