Tulislah! Walau hanya satu ayat. |
Kenapa tidak menulis?
Saya suka menghadiri bengkel penulisan. Saya suka dengar orang bicara tentang penulisan. Saya gemar galakkan orang menulis dan terbitkan apa yang mereka tulis. Di blog, di facebook, di majalah, di mana-mana sahaja. Tulisan itu boleh menyampaikan apa yang mahu dibicara.
Saya mahu menulis. Ada bermacam perkara yang perlu ditulis, semuanya mati dengan satu kata. "Aku tidak buat apa yang aku tulis." Akhirnya semua terhenti. Okey, itu hanya alasan. Saya boleh reka seribu macam alasan kenapa saya tidak menulis. Saya boleh cipta banyak alasan untuk tidak terus menulis.Saya ada banyak alasan berhenti menulis.
Hari ini saya boleh lihat perkembangan buku Islami macam rumput yang tumbuh lepas hujan. Hijau. Segar. Banyak. Saya hargai. Saya suka lihat banyaknya buku yang dilabelkan sebagai buku Islami. Dalam hati mengucap syukur dengan kesedaran para penulis yang mahu menulis dan berkongsi kefahaman mereka tentang Islam.
Ada sesuatu yang saya takut.
Apabila banyak yang saya lihat, kisah cinta yang dilabelkan sebagai cinta islami atau satu masa dahulu kita mendengar tentang cinta enta enti. Apabila sebenarnya seolah yang mahu disampai akan kisah cinta itu... pengajaran bukan menjadi inti cerita. Yang dilihat pada watak hero heroin... Pada perwatakan hero-heroin dan watak dalam cerita... pada wajah yang cantik. pada sesuatu yang komersial... Sedangkan yang perlu diberikan kepada pembaca ialah kefahaman. Walaupun tentang sekecil perkara, apabila dibaca akan ada kesan dan diri yang membaca.
Setiap kata punya makna.
Fiksyen atau fakta.
Baik. Saya boleh menulis panjang-panjang alasan pengunduran saya daripada dunia penulisan. Saya tidak lagi menghantar karya ke majalah sebagaimana yang saya lakukan satu masa dahulu.
Saya takut.
Saya takut tulisan makan diri saya sendiri.
Tulisan yang hadir daripada hujung jari dan bukannya lahir daripada hati. Dengan ilmu yang cetek, dengan kefahaman yang rendah, dengan diri yang tidak berada dalam dunia tarbiyah, saya menjadi takut untuk menulis.
Saya bisa menulis di sini, di blog ini, akan pengalaman, sedikit perkongsian. Saya masih mengetik papan kekunci, menulis diari, semuanya untuk peribadi. Saya takut untuk menulis lebih.
Kata Fatimah Syarha: Saya mahu tulisan saya sentuh walaupun hanya satu hati.
Akak, bagaimana tulisan saya akan menyentuh hati orang lain, apabila hati saya sendiri kotor. Antara tanda hati kotor itu,apabila 40 hari tidak ke majlis ilmu, apabila sedih yang melampau.....
Saya bagaimana? Hati saya sering dilarikan daripada majlis ilmu. Lalu, saya sangat takut tulisan saya jadi fitnah. Fitnah kepada diri saya sendiri.
Lalu, sebenarnya saya rasakan tulisan saya tidak akan sampai kepada orang lain selagi hati saya yang satu itu tidak dicuci.. Hati nan suram dan kelam.
Kepada yang sudah menulis, yang mula menulis, teruskan menulis dan jangan sekali-kali berhenti... Tulislah sesuatu daripada hatimu. Tulislah sesuatu yang dapat dikongsi dan jadi amal sesudah kamu mati.
Tulislah wahai yang menulis.
Semoga sampai apa yang kalian sampaikan, bukan hanya jadi tulisan.
~Jamilah Mohd Norddin~
IIUM.
Comments
hati saya juga kotor..
terlalu sedih dengan takdir duaniawi..
astaghfirullah..:(
saya terkesan juga dengan kata2 tersebut, tetapi saya pernah mendengar sepotong ayat.
" Jika semua orang mahu menunggu kesempurnaan diri , baharulah dia mahu mencipta amal makruf nahi munkar, pasti tidak bergerak segalanya"
boleh pakai ke kata2 tu ke x kak? :)
mari sama-sama kita cuci hati nan satu. Semuanya hanya seketika, kan?
Wassalam.
Betul tu dik.
Tulisan ni sekadar untuk suarakan yang berdetik kala ini..
Mana mungkin kita menanti sebuah kesempurnaan yang tidak mungkin ada buat yang bernama manusia.
~Semoga tulisan ini muhasabah buat kita. Sebenarnya tidak boleh ada istilah berhenti. terus menulis, ye dik!