Skip to main content

Redup Sore Sabtu Itu...

Kredit gambar: jc club iium

Permulaan Oktober. Paginya hanya berehat tanpa melakukan apa-apa. Duduk diam sampai menghadap laptop walaupun tidaklah sampai bengkak mata. Minggu lepas, saya mendaftar untuk menyertai creative writing workshop yang disampaikan oleh Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Mereka ini pasangan novelis walaupun punya kerjaya masing-masing.

Saya mula perjalanan dengan penuh debaran. Mungkin tiada kawan bersama di sini, namun seperti biasa apabila saya kata SAYA MAHU, pedulikan seorang diri pun saya redah. Mahu tarik diri, sudah dibayar RM15. Alhamdulillah, berbaloi-baloi walaupun pulangnya tidaklah saya terus buka laptop dan menulis.

Perbaharui semangat dalam diri mungkin yang sudah terasa sesak melihat manuskrip yang tidak diperbaharui.

Sebelum saya kongsikan pengisian yang disampaikan oleh dua orang panel ini, marilah kita berkenalan dengan pasangan ini...

Kredit gambar: blog fatimah syarha

Nama Penuh: FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA)
Tarikh Lahir:17 Oktober 1984
Tempat Lahir:  Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.
Pendidikan:  graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. ------------------Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.
Pengalaman : Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak, Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim, editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan sebagainya. Turut berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.
Karya:
1)Tautan Hati
3) Syabab Musafir Kasih
4) Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
5) Palestin Tak Pernah Gentar: Fatwa Kontemporari & Penyelesaiannya
6) Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang
7) Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
8) Mak, Abah, Redailah Anakmu
9) Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah
10) Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah
11) Duhai Teman Sejatiku
12)sebarkan cinta-Mu *terbaru*


Nama : Dr Farhan Hadi bin Mohd Taib.
T.lahir: 5 oktober 1983.
Beliau merupakan doktor di Hospital Selayang.


...bakal bersambung dengan pengisiannya, insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...