Lokasi: Bilik Rokiah Status: Esok imtihan Naqd Qadim. Buku teksnya ada dua. Sempat belajar hanya satu. =( Naqd Qadim, Apa yang dapat aku tuliskan tentangmu esok. Suuq Ukkaz, Mijnah, Zul Majaz, Tentang Asmaie, Ibn Salam, Ibn Qutaibah, Ibn Mutaz, Syuur... Hukum Zati para penyair pada syair Jahili, Hukum Mauduie para penyair, Ummu Jundub isteri Umru Qais, Rabiah bin Hazzar, Torofah bin Abd, Ru'yah bin Ajjaj.. Semuanya berselirat menjadi satu kalimah dalam kepala. ~ Naqd yang 'best' ~ Ustaz Nasr el-Din yang baik Diselak imtihan lepas-lepas soalannya lebih kurang. Inilah padah suka memonteng dan skip kelas wajib, Tidak dengar dan fikiran melayang ketika ustaz mengajar, Buku dibuka, telinga dan fikiran arah lain. Sudah. Jam 9.00 akan imtihan Naqd Qadim. Namun aku masih mencatat di sini. Gusar sebenarnya dengan imtihan akhir ini, Pada keputusan yang bakal tercatat, Pada jawapan yang sudah tertulis, Namun aku terima, Kerana itulah yang aku lakukan, Malah Allah sentiasa memberikan L...