Skip to main content

Terlepas Satu Imtihan

Pukul 9 pagi, bertempat di bilik ustaz, aku berjaya melalui imtihan kalam yang aku nantikan bilakah ia akan berlalu, seperti biasa, jamilah tetap jamilah. Nak tahu, perasaan fobia aku berkurang ketika imtihan tapi tapi bukanlah 100% Memang ada getaran pada tangan dan kaki tapi tak sehebat sebelum ini. ya, semuanya dari ALLAH, bagi setakat setakat mana aku usaha itu akan aku dapat malahan ALLAH memberi lebih daripada itu, harapkan usaha yang terlalu sedikit tak menjadi imtihan aku, ilham itu datngnya daripada ALLAH.

Ada juga yang aku lupa, almaklumlah belajar last minute... Tapi soalan terakhir dapat sakhsiah..

Sejak semalam aku minta biarlah dapat sakhsiah, tak dapat kalam. Tadi, aku merenung terlebih dahulu sebelum aku mencabut kertas dalam kotak yang ustaz sediakan. Sampaikan ustaz menegur, ''jampi ke?" ambil, terketar juga nak melihat soalan yang dapat.

"Aku dapat sakhsiah."

Ustaz bacakan soalan.

Aku tanyakan pada ustaz, penulis boleh... Mestilah boleh... Apa kamu nak cakap... Apa tu.. tehrani...

لا ...لا... aku menafikan.


"الشخصية الآخر"

"تفضل"

Aku cakaplah apa yang aku tahu tentang Zaid Akhtar. Teramat sedikit isinya, tak tahulah bagaimana keputusannya, asal sahaja dah lepas aku sangat gembira... Keputusan tak penting sangat bagi aku, itu yang aku tak ralat dapat sedikit markah dalam peperiksaan. Teruk, kan? Bilalah nak berubah agaknya...

esok ada tiga lagi kertas yang menanti, nak buat cepat-cepat, nak balik rumah... HOMESICK...

Jumpa lagi ada masa aku update blog ini, sekadar perkongsian biasa, tak banayk ilmu yang diberikan, daripadaku kepada kalian...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...