Cinta Tuhan

Di manakah cinta Tuhan,
Tersungkur aku dalam pencarian,
Mencari jalan pulang,
Ku temui kegagalan.

Bayang-bayang dosa mengekori,
Sesaat,
Seminit,
Setiap detik.
Aku lemas,
Tak jumpa jalan pulang.
Makin diusir,Dia hampir,
Basah sejadah dek sungai penyesalan,

Terlayar setiap dosa,
Aku hampir pitam,
Tuhan,
Terlihat dosa sendiri,
Ini baru dunia,
Bagaimana di hadapan-MU kelak?
Saat semua manusia berkumpul,
bersama amalan.
Di mana kedudukan aku,

Hamba berdosa,
Disekat dosa,
Tak sedar dosa.
Biarkan air mata mengalir,
Sebelum mentari ria menghampiri.
Aku, kau, dia, kalian, semua umat...
Saat janji Tuhan dekat,
Tak pasti BILA!!!

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut