Peperiksaan Akhir

Minggu depan merupakan minggu paling sibuk untuk peperiksaan akhir... bagi orang lain. Adakah aku masih seperti hari ini? Ada imtihan kalam, qiraah, kitabah dan istima'. Sebelum berperang sudah pasti bala tentera perlu disiapkan. Bagaimana niat kita untuk menghadapi peperiksaan? Bagaimana persediaan kita? Bagaimana minda? Bagaiman nurani kita? Semuanya memerlukan kita bersedia, berusaha, barulah bertawakal. Bukan mudah mencipta satu cita-cita dan mahu mencapainya memerlukan satu usaha yang berterusan. Yang pernting mhu itu ada dalam diri.

Tak sabar nak balik kampung. Mengapa ya? Selalunya aku tak teruja begini untuk balik kampung. Nak jumpa ayah, nak jumpa ayah, nak jumpa ayah... Ada tugas penting sepanjang aku kembali ke rumah sebenarnya...

Buat semua sahabat yang aku sayangi, doaku kalian berjaya dalam imtihan akhir dan imtihan seharian. Semua yang berlaku ada musabab dn hikmah yang kita mungkin tak sedar. Jangan persiakan kesempatan bersama ibu ayah, kerana bila mereka tiada baru kita akan sedari kepentingan mereka dalam hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut