Aku pernah ditanya bagaimana cara untuk memupuk minat membaca dalam diri yang tak suka membaca...
Adakah orang yang dalam dunia ini suka membaca. Kalau orang bertanya, aku akan jawab, aku tak minat baca, cuma aku suka baca apa-apa bahan bacaan yang aku suka.. Hehe, memilih sebenarnya aku ini.
Tak dinafikan aku spesis manusia yang suka membeli buku, tapi itu tak bermakna aku suka membaca. Aku baca kerana aku minat dan aku nak tahu. Dan pegangan inilah yang menjahanamkan periksa aku. Bila aku rasa malas nak baca buku pelajaran aku tak sentuh pun buku..
Betul-betul membunuh pegangan aku ini...
Baiklah, aku mahu berkongsi sekaligus mengimbas bagaimana aku boleh mula menulis dan rasa nak baca terutamanya novel..
Kalau sekolah rendah, aku suka beli KUNTUM yang hanya berharga RM1.50, sangat murah... Dan aku apabila ke Kedai Sok Sek (nama kedai majalah di Pekan Mahang, Karangan, Kulim, Kedah) aku akan beli Didik, Minda Pelajar (70 sen sahaja) dan jika ada majalah KUNTUM... Ketika ini usiaku 10-12 tahun.. Memang suka membeli buku jika ada pengedar menjual buku di Kantin ketika waktu sekolah.. buku-buku di perpustakaan juga akan aku pinjam saban minggu.. (aku suka pinjam buku cerita)..
Kegemaran aku juga ketika itu mendengar radio.. Ada rancangan Kak Yong Bersama Adik-Adik dan aku hantar karangan bertajuk Hobi Saya (aku dah pernah cerita), dapat juga RM50 setiap kali siaran dan jika aku hantar di Rancangan Kelab Sayang Disayang, akan dapat buku sebuah (adalah hampir 10 buah)...
Usia 12 tahun aku mula kepingin nak baca novel. Tambahan pula aku tengok banayk novel cintun kakak yang aku boleh kacau. Jadi kalau hanya aku yang ada di rumah, aku akan kerosek (selongkar; ini slang Mahang) untuk cari novel-novel itu. Biasalah bila orang tak bagi memang aku akan cari... Ya, banyaknya aku baca novel cintun yang membuatkan bila aku teringat kini rasa nak termuntah pula..
Aku mula pandai habiskan duit beli novel dan majalah ketika berusia 15 tahun apabila bersekolah asrama. Ketika tingkatan tiga, aku mula nak main-main menulis.. Sekadar suka-suka. Puas dan sangat seronok... Aku pinjam buku daripada perpustakaan walaupun ada yang aku tak baca terutamanya jika aku pinjam buku BI dan buku sastera...(novel sasterawan)..
Tingkatan Empat aku mula kenal faisal Tehrani, Kak Nisah Haron dan lain-lain melalui KOMSAS dan berpeluang bertentang mata kali pertama dengan Kak Nisah ketika Tingkatan Lima. Mula membaca novel karangan FT dan mengikuti rencana yang beliau muatkan dalam FOKUS SPM..
Hehe, jauh aku melencong. Sebenarnya aku nak cakap yang aku membaca bukan sebab minat tapi suka, berbeza kan? Doakan suatu hari nanti orang lain pula yang membaca karya aku sebagaimana sekarang aku membaca karya orang lain... Berangan tanpa melaksanakan tak jadi juga...
Buat sahabat atau sesiapa sahaja yang nak belajar membaca, mulakan membaca bahan bacaan yang kita minat, kemudian kepada yang lebih serius. Ingat, cara kita membaca dan waktu kita membaca sangat berbeza antara satu sama lain...
Jangan katakan aku baca kerana terpaksa, tapi untuk keseronokan.. Bukankah perintah pertama kepada Rasul itu Iqra'?
Fikir-fikir dan renung-renungkan..
Comments