06 May 2008

Gembira

Alhamdulillah aku berpeluang membetulkan kelemahan yang bertakhta dalam diri ini. :) Setelah lama perasaan malu mendiami hatiku, dia mula berlalu meninggalkan aku. Tentunya aku amat bersyukur. Bak kata sahabat aku, kita kena yakin pada diri.

Ya, keyakinan membentuk personaliti kita. Sekarang masuk sem tiga, dua bulan pengajian. Aku bersyukur sangat. Ya, mungkin aku sendiri tak menyedarinya, tapi itu kata kawan-kawan sekeliling aku. Nampak lebih yakin. Betul ke? Banyak lagi kelemahan yang tak terzahir.

Apa pun banyak terhutang budi dengan ustaz yang banyak mengamanahkan pelajarnya bentang di hadapan kelas. Walaupun belum yakin 100% ada perubahan sekurangnya. Semoga ini berterusan dan aku dapat mencapai impian aku seterusnya yang telah aku rancang sebelum ini, insya Allah.


No comments: