31 May 2008

Malam Yang Sepi

31 MEI 2008

MALAM YANG SEPI

Malam ini aku lalui seperti malam-malam sebelum ini.Tapi aku lampirkan sebuah pernyataan teman baik aku. Namanya minta dirahsiakan. Dia luahkan pada aku apa yang dia rasa sepanjang kehidupannya beberapa bulan di sini. Aku menjadi pendengar, menadah telinga penuh tekun... Bacalah pernyataan ini dengan mata hati walaupun tiada kena mengena dengan anda, daripada teman aku yang terlalu pendiam dan suka menyendiri... Jika tak mengenalinya pasti fikirkan dia sombong...

TEMAN: Saya sedih sangat malam ni, saya semak, mengapa perkataaan ini terlintas di fikiran? Lihat sahaja tempat saya malam ini. Buku berterabur, kertas -kertas nag dikeronyok. Saya mengantuk sebenarnya tapi tak berniat nak tidur lagi, ya memang mengantuk tapi saya gagahkan diri untuk berjaga. sebenarnya banyak kerja untuk dibuat tapi saya sendiri tak pasti nak buat apa. Tugas sampai bila-bila tak akan habis. Saya yang perlu ada inisiatif sendiri untuk buat apa yang sepatutnya... Fikiran saya kosong daripada perkataan, saya terasa ingin menangis pun ada...Terima kasih kamu sudi melawat saya.

JMN@TD: Temanku, kesedihan datang supaya kita tak terleka dengan keseronokan yang sentiasa ada di depan mata, cuba teman fikirkan, bagaimana hidup yang perjalanannya selari, tiada onak duri, rintangan? Pasti amat membosankan. Kamu akan rasakan kekosongan mengisi hati kamu, cuba kamu ceritakan pada aku apa sebenarnya yang mengganggu fikiranmu malamini? Pasti sesutu yang agak membebankan dan berat untuk diceritakan, percayalah, jika mampu aku akan membantu.

TEMAN: Terima kasih, JMN@TD. Kisah hidup saya di sini tak seindah kawan-kawan lain. Diiring ketawa walaupun hati berduka. Tenang sahaja wajah-wajah mereka. Muka saya selalu berkerut, hati keluh kesah, perasaan tak tenteram.Tapi saya banyak pura-pura. Mungkin ada yang dapat mengesyaki.Sepanjang saya di sini saya merelakan segala yang mereka lakukan ke atas saya. Saya tak kisah hanya dicari saat pertolongan saya diperlukan.. Saya akan cuba penuhi kerana mereka kawan-kawan saya.Saya amat sayangkan mereka walaupun saya selalu seperti tidak peduli. Saya banyak sakitkan hati mereka. Saya tahu. saya yang memilih jalan menyendiri jadi kena terima apa yang orang lain buat pada saya. Saya tak kisah diketepikan daripada sebarang tugas kerana mungkin memang saya yang tak layak nak lakukan semua kerja-kerja itu. Biarlah saya tahu, banyak kekurangan yang saya nampakkan dalam pergaulan seharian. Saya tak macam orang lain, dapat sembunyikan penderitaan di balik senyuman, wajah saya masam sentiasa.Sayajarang menguntum senyum pada orang lain. Saya relakan tubuh lemah ini mengikut jika mereka perlukan pertolongan saya. Ya, saya mahu kawan-kawan saya gembira walaupun pertolongan kecil sahaja, tak seperti mereka yang banyak memberi sumbangan yang besar-besar. Aku tak mahu mengeluh apatah lagi menangis, saya gembira denagn apa yang saya lakukan. Tolonglah, jangan pandang rendah pada saya. Walaupun mereka semua terbaik, saya cuba tonjolkan sedikit diri saya. Tapi saya benar-benar takut.

JMN@TD: Jangan takut sayang. Selagi niat kau betul kau tak akan terpesong dari landasan yang benar. Aku tahu kamu takut nak menunjukkan diri kamu yang sebenar. Saya dah lama kenal kamu. Sejak sekolah dulu-dulu. Kamu gemarkan sembunyikan diri kamu dan lakukan perkara-perkara yang orang lain tak suka, kamu minat. Teruskan, tapi ingat kamu hidup dalam masyarakat. Bukan hanya dan dunia kamu. Aku juga mungkin mirip kamu. Tapi kamu kena ingat, kita yang kena mulakna pergaulan supaya orang boleh dekati kita, aku juga takut, natijahnya aku tak banyak kawan. Tapi alhamdulillah, aku tak sunyi, ada banyak benda juga yang aku lakukan. Tapi kurangnya aku payah untuk didekati dan tak dapat selami perasaan orang lain. Aku seperti individulistik. Apa yang mendorong kamu memuhasah tentang diri kamu ini? jarang kamu ceritakan pada aku sepanjang kita kenal selama ini.

TEMAN: Semalam saya menonton filem pendek, tentang persahabatan, benar-benar kena pada saya. Saya tak pandai hargai orang lain. Saya tak tahu nilai sebuah persahabatan. Saya terisak-isak sendirian semalam menonton filem pendek itu. Saya amat sedihh, teringat apa ynag saya lakukan pada kawan-kawan saya. Banyak yang saya abaikan dalam persahabatan, saya sedih malam ini, teringin saya titiskan air mata yang udah lama tak mengalir, tapi biarlah, simpan airmata ini pada sutu masa yang diperlukan. Saya bukan kawan yang baik, tak mampu nasihatkan teman-teman yang sedikit tersasar walaupun saya tahu perkara itu tak betul., Sebab itu saya mahu lari... Sejauhnya. Sebenarnya saya tak suka dengar percakapan tentang orang lain, tapi bila sesekali mendengar, seperti sayan pula ynag teruja, saya takut, sudahlah saya bukannya manusia yang baik, sedikit amalan, ditambah dosa-dosa remeh (temanku ini mengesat matanya yang basah, aku memaut bahunya, memeluk erat, ya dia perlukan seseorang untuk meredakan perasaan)

JMN@TD: Bagus niat kamu itu. Saya faham dan dapat selami apa yang kamu rasa. Melihat mereka bercerita tentang lelaki, kamu tahu benda itu salah dan kamu tak suka berbicara mengenainya, betul kan? Temanku, sabarlah dengan dugaan ini, selagi boleh elak, elakkan, sebab selalunya apa yang kita cakap, perkara itulah yang teruji atas kita. kamu tak suka berbicara tentang lelaki, dan merekalah yang hadir dalam perbicaraan temanmu yang lain... Banyak lagi yang boleh kita bicarakan selain mengatakan kelemahan orang itu dan ini. Mengapa perlu hebahkan? Betul tak, temanku, sayang? Sekali kita tudingkan kelemahan orang lain sepuluh tudingan terarah pada kita, orang bercakap kelemahan dan kekurangan kita yang mungkinkita sendiri tak sedar. Ah, maafkan aku, melalut pula rasanya, teruskan temanku, aku setia mendengar.

TEMAN: Saya suka berada di sekitar mereka, tapi ada masa saya ingin lari... LARI sejauhnya, saya tak mahu dirimpa persolan yang tak diundang. Pedih benar untuk ditelan. Mungkin bagi kawan-kawan itu semua rencah kehidupan cuma tapi bagi saya ujian yang kecil itu melatih hati ini untuk lebih tahan dengan dugaan, saya simpan kepedihan dan saya lahirkan dalam penulisan saya. saya akan rasa lebih puas dan berharap agar mereka mengerti mesej saya. Saya ada sebab menceburi dunia penulisan, bukan semata-mata wang walaupun memang itu yang saya perlukan hari ini. Saya sebenarnya amat tak gemar dipuji. sebab semuanya daripada ALLAH, ilham adalah daripada-NYA. Pujian bukan saya yang minta tapi saya amat takut pujian itu bakal membinasakan. Tolonglah leraikan masalah ini, JMN@TD....

JMN@TD: Mungkin bukan aku orang terbaik, tapi temanku, semuanya perlu berbalik pada yang satu, tempat kita memohon segala sesuatu. Lagi banyak hambanya meminta, semakin dia suka. Bersyukurlah dengan apa yang ada.Temanku, banyakkan istigfar dan selalu minta maaf, ego akan berkurang dan kamu akan tenang, percayalah teman... Tenanglah teman tidur malam ini, esok cuba bangun tahajud, mohon sepenuh hati pada Yang satu...

TEMAN: Terima kasih, JMN@TD. Semoga kamu dapat apa yang kamu cari dan sentiasa di jalan yang benar... Carilah kebenaran kerana walaupun depan kita cuma mungkin kita tak terperasankan ia...

02:33a.m: 31 Mei 2008


No comments: