Skip to main content

Posts

Catatan Selepas Lama Tidak Menyentuh Papan Kekunci

 Berada di dalam kelas adalah keseronokan untuk aku. Mendengar setiap sesi dengan bermacam-macam ilmu yang disampaikan sang guru, hilang lelah perjalanan turun naik kenderaan awam dan berjalan untuk sampai ke tempat belajar. Sudah setahun lebih kebiasaan itu habis. Sudah beberapa bulan sejak aku bukan lagi pelajar di sana.  Aku merindui suara-suara sang guru berbicara di dalam kelas. Kesempatan yang aku dapat semula dengan menonton sesi LIVE beberapa minggu belakangan ini. Seperti di dalam kelas, aku hanya diam mendengar. Ralit mendengar. Tanpa ada soalan. Memasukkan input dalam kepala yang hanya dimasukkan drama-drama yang aku tonton. Apabila mendengar kalam-kalam mereka, masuklah input lain di dalamnya.   Aku tahu banyak hal-hal menarik yang sedang berlangsung. Orang bergerak sehingga tidak cukup masa. Berkongsiu itu ini. Berbicara tentang banyak hal. Sedang aku seperti aku. Begitu. Di dalam dunia aku, yang ada aku dan apa-apa yang aku tonton aku ingat. 

Catatan Hujung Jun

Hati dan jasad berperang sesama sendiri. Tidak terkejar dengan apa yang berlaku di sekeliling. Jasad di rumah, jemari berjalan merata-rata.  Sekarang semua orang mahu guna audio. Mahu video. Sedang aku masih senang dengan tulisan dan gambar statik.    Mahu mengejar? Penat. Akhirnya aku mengikut rentak sendiri.  Menulis apa-apa aku mahu tulis. Tangkap gambar apa-apa yang aku mahu ambil.  Mahu mencuba. Tetapi mahu memulakan perlukan kekuatan yang luar biasa. Keberanian untuk memulakan. Aku belum ada itu...  Hujung Jun, aku masih aku sepuluh tahun lalu... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Permohonan

Kita tidak tahu bagaimana atau dengan cara apa permohonan kita diterima. Apabila yang datang itu secara tiba-tiba... dia seakan ingin menjerit sekuatnya pada malam itu.  Inikah jawapan permohonan itu?   "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Cerita 30 Syaaban

Tidak lagi konsisten menulis di sini. Namun aku masih menconteng di mana-mana yang boleh. Namun di sini tempat sunyi yang sangat seronok untuk aku bercerita. Jika ada yang membaca, mereka akan membaca dalam diam. Dan aku menulis dalam cerita. Cerita-cerita yang aku tidak catatkan di sana, aku tuliskan di sini.  Semalam, 30 Syaaban 1442H. Hari yang bermula dengan drama apabila suis dalam bilik tidak boleh dihidupkan. Kerana tuan rumah berpesan, apa-apa beritahu dia terlebih dahulu sebelum panggi orang baiki, aku patuh. Menunggu aku orang yang akan baiki sehingga petang. Pak cik yang akan baiki ada kerja di luar, hanya dapat datang pada waktu petang. Aku okey.  Alkisah semalam hujan diselang seli kilat dan petir. Jam 7, tiada yang datang. Syukurlah bilik ini tidaklah panas sangat sebab ada angin dari luar. Tetapi, dua kali jugalah aku berlarui tidur di merehatkan diri, tengah hari semalam.  Oh, ya. Aku sedang latihan industri sekarang. Tetapi semalam aku buat hal. Adalah ki...

terima kasih

Aku suka mendengar setiap kali dia berbicara semasa kami dalam perjalanan pulang. Aku pendiam. Aku suka mendengar. Terima kasih untuk setiap kisah yang merefleksi aku. Usia kita yang berkurang, tanggungjawab, sangat mempengaruhi keputusan yang kita lakukan... Sekalipun aku terlupa kisah, semoga aku tidak terlupa ibrah. Ada hal yang kita tidak simpan dalam kepala ketika kita makin tua... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Hari Yang Aneh

21 Februari 2021 Entah mengapa aku menggelar hari ini hari yang aneh. Untuk diri aku sendiri. Perasaanku turun naik daripada gembira menjadi sedih, dan ketawa kemudian mahu menangis. Menuliskannya, cara aku membiarkan perasaan itu berlalu. Itu cara aku berkomunikasi, pada masa sekarang. Menghantar tanda-tanda melalui tulisan, tentang perasaan yang sedang aku rasakan. Menuliskannya, adalah cara aku bercerita.  Bukanlah aku meminta balasan, hanya begitulah cara aku bercerita. Tentang apa yang sedang aku rasakan pada ketika itu... Mengapa aku mengatakan hari ini, hari yang aneh. Sepatutnya hari ini menggembirakan. Kerana aku akan masuk ke bilik baharu. Tetapi rumah kosong itu menimbulkan rasa sedih. Tanpa aku minta ia hadir. Aku terasa mahu menangis ketika mahu meninggalkan rumah kosong itu. Seperti cerpen yang aku tulis, ketika aku datang ke rumah kosong itu, hatiku terasa kosong... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Februari Menuju Hujung

Ada suatu kepuasan saat menuliskan di laman ini berbanding di media sosial. Kepuasan aku meluahkan dengan kata-kata tanpa had.  Februari hampir menuju hujung dan aku akan melalui pengalaman baharu walaupun masih di tempat yang sama. Masih di perumahan yang sama. Hanya berubah blok sahaja. Ada sebab yang menyebabkan aku perlu berubah angin. Dan akhirnya aku ada sebab yang kuat untuk aku berpindah.  Februari sudah sampai ke hujung. Lapa hari sahaja lagi. Dan aku masih seperti aku yang makin tidak tahu apa yang akan jadi dengan aku sepanjang 2021 ini. Aku hanya mengikut hari yang berlalu semakin pantas. Jumaat berganti Jumaat tanpa sedar. Ada 1000 kata yang mahu diluahkan, tetapi tidak dapat aku tuliskan. Mungkin lain kali.