Skip to main content

Posts

Sedikit Demi Sedikit

Engkau perlu merasakan kesakitan agar lebih menghargai nikmat sihat. Rasa seperti kata-kata biasa, namun ada benarnya. Dalam situasi aku juga. Kesakitan bernama kegagalan. Kegagalan berulang. Kegagalan yang membangkitkan seorang aku. Semester itu. Aku hanya berjaya menyudahkan separuh perjalanan. Dan aku hilang tanpa jejak. Aku mahu menghentikan perjalanan yang belum selesai. Aku diganggu diri sendiri. Fikira-fikiran sendiri. Aku tidak mahu melakukan apa-apa. Aku tidak merancang apa-apa. Terima kasih untuk doa-doa yang terlantun. Dan kesediaan mendengar curahan aku... Cuti panjang, yang akhirnya menyedarkan seorang aku, untuk kembali. Mengubah haluan sendiri. Membaiki diri, sedikit demi sedikit. Menuju akhir perjalanan panjang ini. 31102019 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

CATATAN MENJELANG TARIKH KELAHIRAN I

Satu perkataan. Dijalin menjadi ayat, perenggan hingga membentuk satu karangan lengkap. Hari berganti hari. Bertukar tahun demi tahun. Satu dekad. Dua dekad. Tiga dekad... sampai bertemu ajal. Siapakah yang tahu, perjalanan terbaik untuk diri. Sampai kita melalui perjalanan itu. Jatuh, bangun, berjaya, gagal menjadi sebahagian kisah hidup yang akan kita ingat selama hayat. Insan-insan yang hadir dan pergi sepanjang perjalanan, yang banyak memberi rencah dalam kehidupan. Yang menjadikan hidup kita berwarna. Bukan sekadar hitam dan putih. Kita berdiri di atas jalan sendiri, yang berbeza antara satu sama lain. Tidak boleh dibandingkan. Atau membeza-bezakan antara kita. Siapakah yang tahu? Hari ini bagaimana? Esok, perjalanan kita jadi lain pula. Siapakah yang dapat menerka perjalanannya seminggu lagi bagaimana. Bahkan seminit lagi, mungkin lain kisah yang terhidang di depan mata kita. Yang menhasilkan tawa dan air mata... Entahkan, seminggu lagi, menjelang tarikh kelahiran kita,...

Mei

April berlalu tanpa aku sedar. Dan Mei menuju hujung, belum aku mempersiap diri untuk hal yang sepatutnya. Kita. Kadang, kekuatan itu dekat dengan diri. Suatu masa lagi, kita sendiri tidak ketahuan dengan apa yang sedang kita lakukan. Hal-hal yang kita suka, tidak kita lakukan. KIta hanya termenung memandang siling, atau menghadap dinding rumah. Kita tidak ke mana-mana. Berhari-hari kita begitu. Sampai, ada seseorang yang cuba membangunkan kita. Membangunkan kita daripada diam yang panjang itu. Dia mahu kita kembali menjadi kita yang dahulu. Kita yang bersemangat menempuh hari. Namun kita tetap kaku. Mereka, aku tahu, atas nama persahabatan mereka mahu aku terus berdiri tegak. Namun dahan aku berpaut terasa mereput. Tidak mudah mempertahankannya daripada jatuh ke bumi. Mereka kata, kisahkan, jangan dipendam. Bincang, jangan diam. Berikan sebab. Mengapa engkau jadi begini. Lalu, aku bercerita... sedikit. Bukan minta dimengerti. Sebab aku sendiri tidak pasti....

Aneh

Mungkin perasaan aku sendiri yang aneh. Aku semakin mahu menjauhi manusia dam duduk di satu sudut. Namun aku tetap mahu bersuara di dunia maya. Aku tahu, ketakutanku adalah dengan diriku sendiri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Jika Dia Bukan Jodoh Kamu

Aku membaca sebuah buku yang bercerita kisah-kisah orang bertemu jodoh. Banyak jalan yang dilalui oleh seseorang sebelum bertemu yang dinamakan jodoh. Seandainya dia bukan jodohmu, ada jalan-jalan yang menghalang. Itu sesuatu yang harus engkau percaya. Suatu masa. Aku berbual dengan rakan sebilik tentang kisah jodoh yang tidak kesampaian. Kisah yang Allah aturkan, untuk aku melalui sebuah pengalaman. Allah memberi yang kita perlu, bukan kita mahu. Aku tidak mengenali dia secara nyata. Hanya tahu namanya sebagai seorang penulis. Tidak ingat bagaimana, kami berkawan di Facebook. Tidak pernah menyapa. Sampai suatu masa, dia memberi salam perkenalan. Jiwa muda. Yang ingin merasakan pengalaman lain. Namun aku sedarkan diri. Bukankah mahu menyimpan rasa itu untuk seseorang yang halal. Aku tidak mahu menyakiti atau disakiti. Aku tahu kesakitan hati adalah suatu yang tidak mampu aku tanggung. Dia datang kepadaku pada suatu Ramadan. Tidak lama, aku bertanya tentang tujuannya. Dan aku se...

Sedih

Orang selalu kata, kebahagiaan itu apabila kita selalu membahagiakan orang lain. Sebab kebahagiaan itu perlu dijemput. Bahagia tidak datang sendiri. Bagaimana dengan aku? Aku selalu menerima bakti orang dalam hidupku. Sejak aku kecil, sampai usia aku sekarang 30 tahun. Aku merasakannya yang terlalu banyak sangat aku menerima bakti-bakti orang tanpa aku mampu untuk membalasnya kembali. Aku tidak mampu untuk membalas setiap kebaktian yang aku terima. Setiap hari. Daripada ramai orang. Ada ketika aku merasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku banyak menerima jasa orang sedangkan aki tidak menyumbang apa-apa pun untuk orang lain. Sama ada daripada ahli keluarga atau mereka yang ada dekat dengan aku. Kata orang, jika mahu berubah, diri sendirilah yang perlu bertindak untuk mengubah. Aku teringat cerita cikgu Zaini semasa di sekolah menengah. Adakah apa yang aku lalui sekarang sudah menjadi sebati dengam diri, sampai perubahan yang aku cuba lakukan selalu berlangsung sekejap sa...

Catatan Sebelum Februari

Januari belum separuh menjalankan tugasnya. Namun aku ingin bercerita tentang perjalanan baharu yang akan aku lalu Februari ini. Rakan serumah aku, yang sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu akan pulang ke sisi keluarganya. Tentunya aku menerima perkhabaran ini dengan rasa bahagia kerana dia akan pulang untuk membina keluarga bersama keluarga tercinta. Yang akan aku titipkan, doa semoga dia menjadi isteri dan ibu terbaik. Tentang hal ini, dalam perjalanan aku dan kawan aku yang lain, "Tak nak tanya ke saya sedih atau tidak rakan sebilik saya akan pindah?" Jawab kawan aku, nanti saya baca di Facebook. Ya, tentu sekali aku nanti aku menuliskannya lewat media sosial, bahkan sudah bermula sekarang. Dengan menyebarkan tulisan-tulisan yang menunjukkan segalanya akan jadi memori. Tentu sekali ada sedikit kesedihan sementara, namun lebih bahagia kerana kebahagiaannya tentu sekali menjadi sebahagian kebahagiaan aku. Dalam setahun lebih kami berada dalam satu bilik, banyak ha...