Skip to main content

Posts

Usah Ditanya Mengapa...

Banyak mengeluh hanya akan melemahkan jiwa, Selagi mana kamu boleh melangkah teruskan melangkah biarpun hanya mampu merangkak... Lama-lama akan sampai juga ke destinasinya.. Rasa lemah, letih, penat semuanya tidak perlu kau endah. Lihat hujung yang mahu kau jejak, Fikir penamat yang mahu kau lalui, Pedulikan semua yang ada di sekeliling Malang apabila kamu tidak pedulikan yang dii sekeling, Hanya nampak dunia kamu dan kamu... Langsung tidak kamu lihat apakah sebenarnya yang sudah berlaku... Keras benarkah hatimu? Malu aku dengan apa yang sudah berlaku, Terlihat aku akan kejahilan setiap kali melangkah keluar kelas, Mahu belajarkah atau tidak? TIDAK FAHAM... Namun langsung tidak bertanya seakan faham semua benda. Yang Allah lihat bukan natijah namun usaha. Allah beri ikut kadar usaha kamu... ITD...

Semalam...

Selesai kelas untuk sesi 3.30 petang hingga jam 5. Aku menuju ke masjid biru untuk menunaikan solat Asar sebelum ke kelas seterusnya.Telefon genggam bergegar dalam kocek jaket. Melihat. Ada missed call daripada 019.... Nombor ayah... Aku mendail semula... "Assalamualaikum.." bla.. bla.. bla.. "Ayah sihat?" "Macamana sekarang? Belanja?" "ada lagi" bla. bla bla... "itulah yang ayah nak tanya." Sebak. Mata sudah bergenang air. Tidak sekali aku telefon ayah sejak datang 3 minggu lalu.beberapa hari lalu, aku tertekan nombor ayah, beberapa kali. Namun dimatikan semula. Ayah menelefon, aku tidak terangkat. Sampai semalam. Allah, berkatilah kehidupan ayahku.. Ayah yang membesarkan aku dengan kesabaran. Melihat anak bongsunya ini membesar namun belum matang sepenuhnya... maafkan anakmu, ayah... 21.9.2011 ITD IIUM.

Akhirnya Aku akan belajar Nahu. :)

Recovered. Memang rasa mahu dan tidak ingin ambil Nahu lagi sebab sebenarnya minggu lepas aku langsung tidak ke kelas. Sengaja? Memang aku sengaja untuk tidak ke kelas dengan alasan sepele. Alasan remeh yang aku reka untuk diri aku sendiri dan akhirnya aku takut untuk ke kelas. Semalam. Ada kisahnya. Pagi ini aku kuatkan kaki untuk ke kelas. Semalam sudah mesej kak Ema, ustazah Nik Hanan mudah atau tidak lepaskan pelajar untuk drop subjek. Rasa takut untuk masuk ke kelas sebenarnya. Pagi tadi jerit-jerit buat bising sewaktu melangkah ke kelas. Ganggu orang mahu tidur pula. Memang kaki melangkah dengan debaran. "Apa ustazah akan kata?" "Nak cakap apa Khamis tidak kelas?" Aku jalan juga. Kak Husni kata, walaupun kita kena kata kita boleh. Yakinkan diri baru boleh. Semua ustaz ustazah cakap begitu. Believe! You get it! Dengan izin Allah tentunya. Namun Allah Maha Tahu. Aku gerakkan juga langkah kaki ke kelas yang pelik itu. IRK ADM LR3, L1 CPD. Kelas berkunci. Semua me...

Kamu Itulah Kamu.

Lurus sangatkah aku ini? Naif benarkah diri ini? Dengan apa yang aku lakukan, kadang terasa aku seakan budak lurus yang tidak tahu lakukan apa-apa. Sedangkan dari satu sudut aku ada kedegilan yang tidak tertonjol secara nyata dalam kehidupan aku seharian. Ketika ustaz Akmal Khuzairy mengatakan bahawa adanya pelajar universiti yang kerjanya datang kelas dan balik bilik tanpa kenal orang lain di sepanjang perjalanan, aku seakan mahu tersendu. Akulah manusia itu yang susah untuk berkawan. Bukannya mesra alam dan menyambungkan silaturahim dengan orang baru. *rasa mahu sorokkan muka di bawah meja* Seharian ustaz Akmal Khuzairy ‘berleter’ tentang peluang dan untungnya manusia yang berada di universiti. Saat orang lain ada yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, aku di sini. Allah letakkan aku di taman ilmu dan budi. Allah berikan aku peluang yang sangatlah rugi apabila aku hanya melihat peluang itu berlalu pergi. Tahu tetapi tidak amal itu sangat bahaya. Aku manusia yang sibuk ...

Kelas Jahili 1

Kelas Jahili belum bermula secara rasminya. Hanya memanaskan enjin dan ustazah membawa kami pelajarnya kembali ke zaman Jahili. Zaman perantaraan sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah. Zaman di mana mereka yang bukannya dipanggil Jahiliah kerana tidak pandai yang kita faham hari ini namun disebabkan mereka menolak kebenaran. Mereka ada yang beragama Nasrani, Yahudi dan lain-lain kepercayaan. Namun ditolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hanya disebabkan sikap. Lalu berbuatlah mereka akan perihal yang mereka lakukan ketika itu. Menanam anak perempuan, minum arak, merenung nasib dan bermacam perangai yang boleh kita baca melalui buku kisah-kisah teladan dan syair yang dibaca. Mengapa syair? Ustazah telah membuatkan hatiku berbunga-bunga untuk mendalami syair. Kata ustazah, penyair itu seorang PEMERHATI. An observer. Dia lihat. Dia renung. Dia renung. Dia tulis. Dalam bentuk puisi atau kisah itu pilihan. Menggunakan nama orang itu sendiri atau dimasukkan d...

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Catatan Dalam Diam versi 4

Petang semalam tidak menjadikan aku serik. Usai kelas introduction to translation yang mengundang bermacam rasa dalam diri, aku bergegas menuju ke Hentian Bas Safiyyah. Sudah berjanji dengan kak Sarah MPR 2007 untuk menghantar kembali buku yang aku pinjam tempoh hari. Dalam renyai hujan, setelah solat Asar di Masjid Biru, aku terus menuju ke hentian tersebut. Ya Allah, semakin banyak kereta dalam Taman Ilmu dan Budi ini. Semakin takut pula aku untuk melintas jalan, dengan mata yang makin terhad pandangannya. Kereta beratur panjang, dan harus berani menyusp untuk melintas. Bas sasaran aku T231 untuk ke Terminal Putra. Setengah jam menunggu, hanya sebuah yang hadir. Manusia padat. Aku mengundur. Teringat yang aku mahu ke KL Sentral, lalu U12 aku naiki sampai ke Masjid Jamek. Inilah kali pertama. Dan ini aku mahu cerita... Bukan tentang bas yang sangat sejuk hingga aku menggigil. Bukan tentang hujan yang terus mencurah. Bukan tentang jalan nan macet. Turun daripada bas, aku jal...

Catatan Dalam Diam versi 3

Bahagia andai terus tersenyum Alhamdulillah, aku masih Allah berikan kesempatan untuk berada di Taman Ilmu dan Budi ini. Semalam siswa-siswi lama yang bercuti lima bulan dan dua bulan kembali menyambung perjuangan di taman ini. Aku? Sudah lima hari aku berteduh di bumi ini. Sengaja datang awal, usah ditanya mengapa kerana aku sering tiada jawapan pada perkara yang aku lakukan. Sengaja tidak mencari jawapan dan lakukan untuk kepuasan diri sendiri. Semester ini aku akan melaluinya tanpa PTPTN. Pinjaman aku telah disekat kerana pencapaian dalam pelajaran yang mengecewakan dan tidak memenuhi syarat untuk dilanjutkan pinjaman.  Senyum tidak perlu kata apa-apa. Insya Allah, ini pengajaran untuk diri aku sendiri yang sangat bena tak bena dengan pelajaran sendiri. Ayah, kakak-kakak, maafkan puteri bongsu ini yang telah dihanyutkan perasaan. Bergenang juga mata saat melihat baki akaun tempoh hari, namun sendiri buat sendiri tanggunglah kan. Jadi, aku harus terus dan terus tersenyum.. Yea...