Skip to main content

Posts

Balas.

Menanti itu seksa kok.. Tahun ini nampaknya aku hanya membalas ucapan raya dan tidak menghantar mesej mengucapkan salam aidilfitri atau ucapan-ucapan seumpama dengannya. Mungkin disebabkan zuuq raya kurang ada dalam diri, lalu kepada yang menghantar mesej dan rajin meng forward mesej salam aidilfitri kepada aku sama, syukran jazilan aku ucapkan dengan ingatan kalian kepada insan ini. Terima kasih, kalian. Membalas mesej juga lambat-lambat kerana ketika bertandang ke rumah orang, aku tinggalkan telefon genggam itu di rumah dan rasa untuk balas mesej lambat datang. Bukannya ada orang mahu mesej sangat, jadi biarkan saya ia senyap-senyap dalam bilik-berkecah-macam-tongkang-pecah ini. Perihal membalas mesej kadang aku sendiri tidak tahu kenapa ada ketika semacam malas bermesej jika mesej yang dihantar tidak bersambut. Ada ketika banyak songeh (ragam) juga aku andai mesej yang dihantar tidak bersambut dan akhirnya aku biarkan lama tidak berutus khabar atau bertanya apa-apa. Dia suny...

Cerpen: Misi Baju Baru

Usai sahur pagi itu, adik merengek seperti anak saudaranya berusia tiga tahun mahukan milo apabila sudah mengantuk. " Akak, jom pergi Kulim. " Dalam kepala adik bersusun satu demi satu agenda yang mahu dibuat. Beli baju raya, mahu beli tepung kek, penyapu, bateri untuk kamera, dan satu dua senarai yang ditulis dalam kepala. Lagi dua hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri yang nampaknya meriah di Malaysia walaupun di negara lain disambut seadanya dan Aidiladha lebih meriah. Usai Subuh, akak sambung tidur. Baru dua hari akak pulang daripada perantauan kerana tuntutan kerja. Adik yang sudah sebulan di rumah, walaupun beberapa kali mengikut kakak yang kedua membeli belah, namun tidak tergerak lagi hatinya untuk membeli baju raya. Baju raya bukanlah satu kewajipan, selagi ada baju cantik dan bersih yang bersih dipakai. Alang-alang akak sudah membelikan tudung berwarna ungu, adik mahu padankan dengan bau juga. Jam 10. Adik merengek-rengek lagi. Mengganggu akak yang masih pulas ...

pertanyaan

Perlu berdiam seketika, Biarkan akal dan hati yang terus bicara,  Sedang kalam terasa makin sonsang, Bicara makin tidak terang, Sedang yang perlu tidak langsai sampai sekarang. Ogos 2011 kini, Ada janjiku untuk melihat buku di pasaran kala ini. .Tipu. Ada kata dalam diri mahu terus dan terus menulis. .Tidak benar. Ada suara yang berkata usia makin pendek. .SANGAT BENAR. Ada yang pergi, ada yang hadir... .Lumrah. Ingin sekali bertanya, Manakah kamu dapat kekuatan untuk menulis dan terus menulis tanpa rasa jemu, Manakah kamu dapat semangat dan sentiasa rasa mahu memberi tanpa minta dibalas, Manakah kamu dapat rasa untuk sentiasa menjaga ukhuwah yang terjalin. Manakah kamu campakkan rasa malas. Manakah? Bagaimanakah? Siapakah? Allah. Aku tahu itu jawapannya. Lantas, Apakah lagi???

Cerpen: Ubat.

"Ini diari saya. Balik nanti kamu baca. Baca setiap hari. Lihatlah pada helaian yang bertanda.Baca bukan sekadar cepat mahu menghabiskan bacaan, tekunilah dengan hadirnya hati dan lihat maknanya. " Aku pandang kamu semula. Tidak faham. Di tangnnya senaskah tafsir al-Quran penuh bertanda dengan kertas berwarna warni. Wajahku kelam, lalu sekadar pandang wajah kamu tanpa kata. Kamu senyum. Senyum yang sangat manis pada bibir tanpa gincu itu seakan mahu membuang rasa ragu di hatiku. "Kamu hanya balik dan baca." "Husna, yang saya minta ubat kekosongan hati, kekosongan jiwa. Bukannya..." "Degil, ya?Insyirah, bukankah yang kamu mahu ubat. Tidak mungkin saya berikan kepada orang yang saya sayang racun." Aku terdiam. Perlahan tangan mencapai tafsir al-Quran yang dihulur Ibtisam Husna, seorang teman yang menjadi tempat aku mencurah apabila 'rasa' itu hadir. Dalam ramai aku rasa sunyi. Kesunyian yang mengcengkam dan membunuh senyum yang mahu terukir...

Dua Dua

1.        Malu. Sering saya jadi malu sendiri membaca semula tulisan yang pernah tercatat. Kadang perihal sekecil biji lada hitam aku nukilkan menjadi berkajang-kajang namun perkara besar banyak yang saya terlepas pandang. Adakah kerasa terlalu sibuk fikirkan hal diri sendiri, - betulkah? atau sibuk berangan- saya sering terlupa pada yang berlaku di luar sana. Dunia luar yang banyak saya ketinggalan akan hal besar dan kecilnya... Terperosok saya mendengar itu ini berita yang mengejutkan meski ada yang membuatkan bibir mengukir senyum sendiri. Pemergian penulis Ustaz Azizi Abdullah [al-fatihah untuk beliau], kisah 21 Ogos yang hampir tiada dalam ingatan, itu ini yang berlaku di dunia... Semuanya petanda bahawa tiada yang kekal melainkan Yang Satu. 2 .              Dua hari lalu mengikut kiraan tahun Masihi genaplah usiaku 22 tahun. Kiraan kian ke hujung, Masih asyik termenung, Ting...

Gilaplah Dirimu

Kemahiran memujuk, kelebihan dalam bidang penulisan, dan kemampuan berucap di depan khalayak merupakan bakat yang tidak dimiliki oleh individu secara semulajadi. Namun ini tidak bermakna kemahiran ini tidak dapat dipertingkatkan. Jika kita perhatikan situasi hari ini, ramai penulis yang bermula daripada sifar pengetahuan dalam bidang penulisan, namun kerana minat dan kesungguhan meningkatkan kemahiran dalam diri, menjadikan mereka antara yang terbilang dalam bidang ini. Salah satu daripada langkah yang dapat diambil ialah dengan mengenali diri sendiri. Ramai yang menganggap mereka mengenali diri sendiri sedangkan realitinya tidak. Mereka mungkin tidak sedar akan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing dan memandang diri serba kekurangan dan tidak memiliki apa-apa kelebihan. Sebagai misalan, kita perhatikan situasi ini. A tidak pernah berucap di depan umum dan amat gugup jika disuruh berucap. A akan mengelakkan diri jika disuruh berucap. Pada suatu hari, atas satu keperluan, A ter...

MUDAHNYA MENYUSUN MADAH

Mudahnya menyusun madah, Tersusun di bibir indah, Bermain sandiwara mewah, Terselit seribu helah. Tersusun di bibir indah, Bicara berpatah-patah, Konon mengubat susah, Hanya menambah gundah. Bermain sandiwara mewah, Material banyak dicurah, Mereka seakan penjarah, Mengangguk mengundang padah. Terselit seribu helah, Aku mengerti metah, Kata bersulam fitnah, Kelak mencanang resah. Bicaranya berpatah-patah, Hilang cabang pada lidah, Pondok istana semua diredah, Asal mereka disambut megah. Material banyak dicurah, Siapa sebenarnya perlu diserah, Jangan pula mengundang parah, Memberi pada si bedebah. Aku mengerti metah, Adat menumpang tanah bertuah, Berdiri, tak boleh membantah, Arahan itu perintah. Konon mengubat susah, Aku diberi rumah, Konon memberi mudah, Aku rasa gelisah. 29/06/2009 20:03:00