Skip to main content

Posts

Perihal Janji.

Senang untuk menutur janji, namun sukar untuk mengotakan semua yang telah dilafaz. Tidak kisahlah janji dengan diri sendiri orang atau orang lain. Janji dengan kanak-kanak jangan sekali dimungkiri. Mereka punya ingatan yang kuat dan akan ingat segala janji kita kepada mereka. Walau kita 'menipu' atau 'berhelah' dengan mereka, mereka akan katakan ia sesuatu yang benar. Mereka manusia suci yang tidak faham apa itu tidak betul, tidak benar atau tipu. ..Maka aku benar-benar terperangkap dengan janji.. Sudah berapa banyak agaknya janji yang telah aku taburkan namun tidak pula aku penuhi? Berdosa... Bersalah tidak memenuhi janji. Kadang sengaja dimungkiri, ada ketika ' pending' , lalu mesej yang disampaikan tidak sampai pada aku. Janji hanya tinggal janji. Esok aku berjanji untuk menyerahkan manuskrip yang siap diedit dan diolah semula kepada yang sepatutnya. Hakikatnya, belum satu muka yang aku sentuh. Semalam sudahlah seharian aku habiskan dengan melayan kerenah dir...

Dia Yang Bernama...

Dia yang mula menegur aku ketika sedang berbaris waktu kami di CFS IIUM, Petaling Jaya. Ketika taaruf week.. Beliau menegur key chain yang ada pada beg aku... Kemudian kami berkenalan... Sama-sama sekelas. Sama-sama satu blok.. Mula rapat, satu demi satu cerita terukir... Kemudian pindah ke Nilai, Masih rapat,  Namun apabila sudah tidak sekelas, Masa bersama semakin tiada, Secara tidak sedar, makin menjauh... masing-masing bawa haluan... Pernah sebilik, aku pula yang cipta masalah. Masalah yang timbul dalam diam. Akhirnya... Apabila di UIAM Gombak, Makin berjarak, ... Alhamdulillah, dia makin berjaya, Dia seorang yang ceria, Aku suka bila bersama dia yang sentiasa bersemangat, Tersenyum... Dan dia lebih muda daripada aku beberapa bulan.. .... NADIA... Selamat hari lahir ke-21.. Semoga Allah lindungi hidup kamu sokmo.. daripada, Jamilah Mohd Norddin. ( Semoga aku tidak lupa memori yang pernah tercipta)

Hampir tenggelam.

...terperangkap dengan janji, lemas tanpa perancangan mengisi masa, semuanya salah diri sendiri, tidak pandai mengawal diri, ....bila tersedar yang tiada masa lagi, baru mahu bergerak. Bersunyi itu bukan sesuatu yang baik untuk kesihatan seorang yang normal. ....terkial-kial mencari kata, akhirnya aku mungkir janji itu. Petang ini, Esok, Khamis, Jumaat... ....Semuanya masih kabur. Yang pasti aku yang gagal mengatur. Orang yang merancang akan selamat. Selamat daripada membazirkan waktu. Tahu apa mahu dibuat. okey. saya merapu. Belum siap assignment sepatutnya. belum siap kerja rumah. belum baca buku untuk kuiz petang ini. sungguh di bawah meja sangat tidak seronok. Aku bukan manusia yang boleh berkurung dalam bilik walaupun tidak suka berprogram. Dunia sempit rasa makin sempit tatkala hanya terkurung. aku suka bebas. .....mimpi semalam. macam betul. sungguhlah aku yang banyak menyusahkan orang. " kita hanya tak mahu dia tahu." Gambaran apa yang berlaku aku dah lupa. Tentang ke...

syyytttt.... (baca diam-diam)

Sampai suatu ketika, kau akan bosan dengan dunia yang kau cipta, kau rasa apa kau buat tidak kena, kau tidak selesa dengan semua perkara. Ketikamana... hati orang tua kau lukai, hati sahabat tidak kau endahkan, hati sendiri tidak kau peduli. Hidup ini, bukan untuk kau seorang. Perkongsian itu indah, Berkongsi hati? Tiada lagi rahsia dalam diri, Apabila semua sudah kau dedah, Sedang kau sebenarnya yang paling tidak peduli, Perasaan mak ayah, derita sahabat, beban teman... kejamnya diri.... yang pentingkan perut sendiri... Allah, Bila aku mati, Tiada jawapan dapat aku berikan. Masa, Tenaga, Yang Allah pinjamkan, Telah dipersia.

rasa

Berenang di lautan rasa       tak bertepian.               melemaskan. Ingin     cepat sampai ke daratan. Sedarkan diri, Pada sebuah hakikat, Tidak mampu ditidakkan.

RANDOM RANT 4

gambar hiasan dan langsung tiada kaitan "kamu terkejut kalau aku kata aku nak kahwin sebelum 25?" Tersembur air yang diminum aku. Seorang budak pemalu yang tidak suka melontarkan suara mengeluarkan sebaris kata yang bagiku seakan lahar gunung berapi. "Oh, kamu serius?" Belum percaya. Irdina Safiyyah, gadis pemalu a.k.a gadis yang sangat pendiam ini menyatakan sesuatu yang untuk aku ketawa terasa bersalah, untuk tersenyum seperti memerli. Lalu, aku hanya buat wajah biasa. "Really?" Mengulang tanya sekali lagi. Irdina sudah berwajah masam. Mungkin marah dengan respon yang aku lontarkan. Tetapi ia menyambung bicara. Seakan tidak peduli apa yang aku lontarkan kepadanya. "Kiter mahu lelaki yang pandai menulis. Lelaki yang dapat bimbing kiter." Terdiam aku. Benar-benar seriuskah teman aku nan seorang ini. Pandang wajah Irdina Safiyyah sekali lagi. Susah untuk percaya. Namun jodoh sudah Allah tentukan. Ia akan datang. Titik. *** Baik, itu selingan sebel...