Skip to main content

Posts

sedih

aku nak menulis. Banyak benda aku nak tulis tapi bila berada depan komputer tangan sudah jadi kaku. Pasal kelas Bayan. Tentang present BM, perihal kelas MPT yang aku terlupa assignmentnnya.. Teruknya. Aku makin lemah.

tidak penat aku dendangkan cerita.

Ngeh3x.. ini contengan untuk pecahkan kebuntuan idea! Bahagia kan tengok orang bersemangat. Seronok kan bicara dengan mereka yang akrab dengan Allah. Rasanya lain. Bicara mereka berbeda.  Sungguh rasa tenang. Suka melihat mereka yang berukhuwah kerana cintanya. Sayang meresap dalam jiwa kala rasa cinta menyelinap dalam diri. Perasaan itu datang dan pergi. Berlalu dan kembali. Namun apa sekalipun langkah pasti saya teruskan walaupun terasa sehari demi sehari perasaan makin hilang. Tinggal jasad masih bersama daerah kecintaan sedangkan hati terbang entah ke mana. Kala itu entah bagaimana hati jadi teringat pesanan ustaz Adli, bicara ustaz Hanafi, sembang ustaz Saupi, keluhuran ustaz Majdan... Nama-nama itu seakan jadi tertampal dalam akal sendiri. Bagaimana? Bukan saya tidak sedar malah sangat jaga dan arif dengan perkara yang terjadi namun bagaimana harus diri akur menerima. Tidak ada roh apabila belajar ibarat satu musibah yang datang pada diri. Salah aku! Salah saya! Bukan salah o...

mnjh

Jadi fobia masuk kelas tadi, mujur ustazah tak datang. Dapat tahu yang ustazah marah tempoh hari. Tapi aku tak tanya apa-apa pun. Diam menikus... Hm... Selamat berjuang menghabiskan semester ini.. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah.

Durrah Nur Aqilah: Warkah Buat Miftah

Dengan nama ALLAH aku mulakan penulisan warkah ini.. Warkah bisu tanda cinta dan sayang pada sahabat seagama, teman perjuangan. Sahabatku, Dalam meniti persahabatan ini, aku sering kali terlupa erti kejujuran dan amanah. Aku hanya mementingkan diri dan keperluan sendiri. Kamu tahu, dalam ketidak senangan aku ketika kau ceritakan perihal orang lain, aku dengar si fulan begini, nak tahu si fulana begitu, aku mengangguk macam burung belatuk. Aku hanya membisu bersama muka cemberut seribu. Aku nak bawa sahabat aku ke nerakakah? Langsung aku tak perihalkan hatiku yang sebenarnya. Hakikatnya hatiku menjerit, kenapa kita harus menceritakan aib orang jika kita bimbang aib kita terselak. Makin banyak kita berbicara hal orang, makin banyak keburukan kita tersingkap. Aku amat malu jika aib sendiri didedah pada orang lain. Kadang, kita sampai berkata tentang guru kita yang kononnya tak pandai mengajar, pensyarah kita yang terlalu laju mengajar, kita tak ceritakan pada empunya diri... Aku gagal me...

.. saya mahu di situ...

aku mahu terus berada di sisi selagi dia mahu aku bersamanya. aku akan pergi ke biliknya selagi dia mahu aku lena di biliknya. Aku mahu terus tersenyum dan ketawa di sisinya selagi aku mampu... Kerana aku tidak mampu di sisinya saat dia sakit.. Aku lemah kala dia mengadu. Aku sayang dia... Kerana Allah sayang dia....

Durrah Nur Aqilah: Warna Hidup.

Kata Lu'luah dia sukakan hidupnya walaupun hanya berwarna hitam putih. Namun kata aku, aku bersyukur kerana hidupku punya warna seindah pelangi. Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu Aku merasakan yang tentunya bosan jika hidup hanya diteman dua warna. Bayangkan sahaja jika kita menonton filem lama yang berwarna hitam putih berbanding kita menonton filem sekarang yang ebrwarna-warni. Tentu sahaja kepuasan itu lebih apabila kita menonton filem yang berwarna warni. Apabila berjalan muka bukan hanya perlu kita tundukkan ke bawah, namun angkatkan kepala untuk mellihat warna yang ada di seklilingmu. Apabila diri berdiri dalam daerah paling selesa jangan sesekali kau lupa untuk melihat mereka yang jauh lebih bawah daripada kita. Bukankah dalam adab memberi salam juga telah dinyatakan bahawa sepatutnya yang berkereta beri salam kepada yang bermotosikal, dan yang berbasikal beri salam kepada yang berjalan kaki... Lihat bagaimana cantiknya.. Walau jika nanti hidupmu diselaput kelabu aw...