Skip to main content

Posts

Kembali Kepada Fitrah?

 Masa: 23:06-23:28 Tarikh: 1 Syawal 1431 Lokasi: Bilik Beradu, Kedah   Saya mulakan penulisan malam ini dengan kalimah Alhamdulillah. Seharusnya saya merafak setinggi kesyukuran kerana Allah berikan saya kesempatan melalui sebulan Ramadhan dan pada hari ini -1 Syawal 1431/10 September 2010- Allah kurniakan saya peluang untuk sama-sama meraikan Aidilfitri. Langit biru sejak pagi. Alam sama-sama meraikan Aidilfitri walaupun pada senjanya hujan turut sama meraikan. Alhamdulillah. Semuanya adalah rahmat dan kurnia yang Allah berikan percuma kepada kita. Sesungguhnya kita tidak akan mampu membayar setiap kurniaan yang Allah berikan ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya buka jendela pagi tadi. Ayam sejak awal berkokok. Takbir kedengaran dari surau kampung sebelah dan laptop yang terpasang. Suasana tenang. Saya hirup nafas dalam-dalam. Menghidu aroma hutan yang menghirau daripada tingkap bilik. Nyaman sekali baunya.. Segar terasa pendengaran tanpa bunyi kenderaan wal...

Tulis Lagi...

 Masa: 9:48-10.00 Tarikh: 1 Syawal 1431 Lokasi: Bilik Beradu, Kedah 1 Syawal 1431 bersamaan 10 September 2010. Tahun ketiga aku bergelumang dalam dunia blogging. Entah sudah berapa kali Jamilah menulis dan mendelit, kemudian menulis kembali, padam pula, dan kali ini membuang semua catatan di sini, lantas mencoret catatan baru... Mungkin ini sebahagian hobi saya: Memadam entri, kemudian menulis entri baru. Saya ini manusia emosi. Jadi tulisan selalu berlandas perasaan, kadang luahan... Saya hanya mahu berkongsi perasaan dengan menukilkan pada blog yang mana saya senang begini... Saya bebas meluah, dan kalian bisa memilih untuk membaca atau meninggalkannya... Seperti biasa, dan saya rasa cara penulisan saya tidak berubah. Saya masih saya yang lama, dan tulisan saya masih yang dulu. Cuma saya terasa mahu memadam (bukan padam sebenarnya, saya pindahkan ke blog lain!) Mungkin jika teringat saya akan poskan semula entri yang perlu.. Yang penting saya tidak boleh meninggalkan dunia bloggi...
assignment tak sentuh langsung. Bab 1-3 masih terbengkalai. Katanya mahu jadi penulis kayaknya tak seperti kamu bekerja ke arah itu.. Bangunlah wahai Jamilah. Kehidupan singkat ini hanya pinjaman yang dia berikan agar kamu sedar. Kamu akan menempuh sebuah kehidupan yang sangat panjang nanti.. Kamu kena sedar akan hal ini. Internet main juga, allah kena ingat. aku dah private semua blog.. Tunggulah, nak copy semua entri, pastu nak delete dah entri tu.. nak main blog baru pulak. Insya allah.... =) Chaiyok! aku boleh! kENA kerja kuat sikit...
Hari ni pagi raya. Tak ada feel langsung. Serius boring. Main ntenet sejak bangun tadi. tak ada benda menarik pun. layang blog. assignment tak buat lagi.. huhu aku nak delete lah entri dalam blog jamilah & lu'luah. nak mulakan yang baru.. hihi... sejak dulu, kerjanya delete, tulis balik, delete tulis semula.... hm..

...Bila Aku Kata Aku Dah Bosan... V2

1 Syawal 1431. Bangun pagi-pagi. sarapan dengan internet macam biasa. Tetiba terfikir bagus juga kalau aku padam blog ini atau privatekan sahaja. Macam lagi senang nak merapu. aku tidak tahu siapa yang baca catatan aku di sini.. Ada yang bersifat peribadi. luahan etc.. Hm, Tengoklah mood aku macamana.. Mungkin nak delete semua entri, tapi masih url yang sama. Serius aku sayang nak delete url ni... Samalah macam blog lu'luah... Isi bertukar pun, url masih sama... Hanya dua nama inilah yang jadi inspirasi.. Memang tak kreatif tapi aku suka... Kalau ikutkan dah tiga tahun -sejak 2007- aku terjun dalam dunia blogging ni... Tapi entri tak pernah cecah 500 sebab aku suka delete entri.. Bila aku bosan dengan tulisan sendiri. dengan mudahnya aku akan tekan button delete untuk padamkan entri macam aku padamkan ingatan aku kepada peristiwa yang terjadi. Kadang menyesal, namun kadang malu baca entri sendiri... Aku suka dan sangat senang bercerita dengan tulisan.. Sebab itulah sebenarnya aku b...

...Bila Aku Kata Aku Dah Bosan...

 Ini entri contangan malam raya.. Betul-betul tak tahu nak buat apa.. Jadi aku melepak di sini sahaja.. kalau zaman kanak-kanak dulu, sekarang mungkin sedang berada di dapur, atau di luar luar.. atau sudah lena... Malangnya tahun ini sememangnya raya yang terasa hambar.. Benarlah mereka yang mengisi Ramadhan dengan pengisian sebenar akan merasakan nikmatnya 1 Syawal. Sedangkan diri ini, entah apalah yang sudah aku lakukan dengan ramadhan. Jujur, pengisian yang sangat kurang... Seperti bulan-bulan lain, hanya tidak makan dan minum di siang hari... Aku baru selesai membaca contengan Jalanan oleh Hlovate yang mengisahkan kisah pemuda yang mencari erti diri dalam bulabn Ramadhan. memang terasa zuuq, terpukul dengan diri sendirilah kalau baca.. aku syorkan kalian baca cerita-cerita Hlovate yang dekat dengan kita yang remaja ni.. Malam raya berkurung dalam bilik sahaja. Esok pun belum tentu akan berjalan mana-mana, mungkin hanya terperap dalam rumah. Tetapi kami -Geng Bilik Bacaan- ranc...

Satu Ucapan.

Jenguk blog orang lain, semuanya tulis entri Selamat Hari Raya dah..Aku? Oh.. Tak terasa nak berayalah tahun ni.. Tapi, Aku aku tulis juga entri pendek untuk yang membaca.. SAYA, JAMILAH MOHD NORDDIN, PEMILIK VILLA IGAUAN MENGUCAPKAN "KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR'' KEPADA SEMUA PEMBACA VILLA IGAUAN TIDAK KIRALAH DI MANA SAHAJA KALIAN BERADA.. ALHAMDULILLAH, ALLAH TEMUKAN KITA DALAM DUNIA MAYA INI.. SEMOGA UKHUWAH BERPANJANGAN. SAYA MEMOHON MAAF TERSALAH KATA TERSILAP TULIS SEPANJANG MENJADI PEMILIK VILLA IGAUAN INI.. =)" Ucapan pendek sahaja.. Tak retilah nak tulis entri berjela ucap selamat hari raya. hihi... Nota Kecil Hujung Entri: