Skip to main content

Posts

Friday, July 31, 2009 Malam ini aku berbicara, Pada diri dan sanubari, Apa amalannya aku hari ini, Bertambah atau makin dikurangi. Menyelak diari hari ini, Dosa telah ku kurangi, Ada amalan tambahan meniti hari, Senyuman manis menguntum dalam hati. Kebahagiaan yang aku cari, Mewarnai saban masa, Aku dibawa menemui Ilahi, Tahukah bila masanya ajal itu? Datangnya tanpa sebarang mimpi.

...CONTENG-CONTENG SIRI 7...

Assalamualaikum… Semalam aku ke rumah bapa saudara untuk mengambil barang.. menaiki komuter.. Hujung minggu, tentu sahaja komuter akan dipenuhi manusia yang mungkin ingin berlibur atau bercuti bersama yang tersayang. Almaklumlah hari cuti… Bukan itu yang aku mahu ceritakan, tapi tentng kepekaan kita pada golongan yang lebih tua dan lemah. Dalam suasana amat sesak, kita akan dapat lihat jika ada anak muda yang duduk, dia tak akan berganjak jika ada seorang tua yang sedang terketar-ketar memaut pada tempat pemegang. Situasi ini mengingatkan aku pada kata-kata cikgu Razman, Malaysia berada dalam tingkat bawah dalam aspek budi bahasa… Bukankah kita banyak kempen budi bahasa? Agaknya inilah didikan yang diterapkan dalam masyarakat sekarang. Kita hanya diajar mengumpul wang tapi tak diajar beradab sopan… Bercakap tentang budi bahasa, kita bukan hanya pelru berbudi pada orang lain, namun juga pada persekitaran dan diri sendiri.. Kerana itu dalam Islam ada larangan merosakkan tumbuhan ...

...CONTENG-CONTENG SIRI 6...

Assalamualaikum, Tak terasa seminggu yang berlalu.. Dua minggu aku di sini akhirnya... Sibuk? Aku bukan manusia yang sibuk, hinggakan ada banyak masa untuk bersuka. Aku manusia yang banyak masa lapang. Lantaran aku tak gunakan sebaiknya masa yang dipinjamkan DIA pada aku. MATA, TELINGA, HIDUNG, TANGAN, KAKI dan seluruh anggota yang DIA pinjamkan pada aku tidak aku gunakan sebaiknya. Aku dilahirkan sempurna, sedangkan ramai yang lahir tanpa anggota badan yang lengkap. Merekalah yang lebih tabah menjalani kehidupan ini.،Kekurangan yang ada menjadi motivasi paling bermakna. Dah dua petang aku habiskan masa petang dan beriadah.. Lepaskan gian main badminton.. Alhamdulillah, kawan-kawan pun suka... Belum buka buku untuk belajar.. Nota belum dikemaskini... Mahu lepaskan perasaan dengan mencatat sesuatu di ruang sendiri.. :)

BLOG BARU LAGI?

Aku sedang menanti entri ke 300.. Untuk mengubah blog ini kepada wajah baru...  hehe, hampir tiga tahun aku mengendalikan blog yang pengisiannya lebih banyak berkisar soal peribadi ini.. Cukup 300 entri, aku mahu menukar wajah baru.. Insya ALLAH... Aku gemar menatap blog yang punya manfaat dan bicara yang menyentuh hati. Sedangkan aku tak mampu langsung menyentuh hati orang lain.. Benarlah hati yang mati selamanya tak mampu menghidupkan hati yang hidup.. Jadi pengisian aku di sini banyaknya berkisar kehidupan peribadi suasana persekitaran aku.. Ada cadangan apa yang boleh aku lakukan untuk blog baru aku nanti? Hehe.. Soalan yang juga ditujukan buat diri sendiri... Contohilah blog yang memberi manfaat.. Penulis, katanya bisa mengubah dan menghancurkan dunia... Lihatlah al-Quran dan segala mukjizatnya.. kebal dan sentiasa ALLAH lindungi.. Namun setakat mana kita hadirkan al-Quran dalam jiwa kit? Soalan ini pada diri sendiri, dan pada yang menatap catatan kecil ini..Per...

JAWAPAN TAG INA NAILOFAR

Akhirnya aku menjawab tag orang Sebelum mulakan kelas pagi ini, aku mahu langsaikan dulu kerja tambahan yang diberikan oleh Ina Nailofar… Harap Ina berpuas hati, hehe… 1)Bekas kekasih saya adalah : novel Diari Seorang Guru yang dirampas oleh cikgu semasa di sekolah menengah, sob, sob… 2)Saya sedang mendengar : Azimat Bonda... Sangat sayu dan bermakna lagu ini... Cuba dengar!!! 3)Mungkin saya patut: jadi diri sendiri... Dan jangan terlalu ananiah..  4)saya suka: berangan + merapu + merayap –shopping + 5)Sahabat-sahabat baik sy: -buku-buku dan kitab, sahabat yang paling setia -al-Quran-memberi jawapan pada semua persoalan yang tak pasti. -semua yang bersama saya dan tahan dengan kerenah saya -mereka yang dapat menegur salah saya 6) Saya Tak Faham: Saya lebih banyak merapu dan merayap daripada melakukan perkara-perkara yang penting. 7)Saya kehilangan: sebahagian diri saya yang sebenar, dan perasaan... 8)Ramai yg kata: Jamilah boleh menulis dan ada bakat.. –semua or...

..CONTENG-CONTENG SIRI 5...

Masuk minggu kedua meneruskan pengajian di UIAM.. Hehe, perangai lama mula nak timbul tapi kena dikawal kerana aku bukan lagi dalam persekitaran sekolah menengah atau pusat asasi. Perlu kekuatan yang lebih untuk aku lebih mendalami bahas aArab... Aku amat berbesar hati jika ada sesiapa yang mengunjungi blog ini dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman tentang bahasa Arab... Ada projek yang perlu dilangsaikan, insya ALLAH... Kepada Ina, akak rajin nanti akak poskan jawapan pada kerja ruma tu. :)

KELAS BM..

Alhamdulillah, seronok sangat pagi ni dapat masuk kelas BM. Dengan pelajar setakat ini seramai 10 orang, kelas itu dengan sendirinya tidak dibubarkan... Majoriti pelajarnya jurusan senibina, ada dua orang sains kemanusiaan dan seorang ekonomi... Pensyarahnya, Cikgu Razman, baru tiga bulan mengajar di sini... Alhamdullah, benarlah kata cikgu, dapat mengubati kekusutan belajar subjek lain dalam bahasa Arab.. hehe.. Teringat kata-kata cikgu, hanya seorang yang dapat A, majoriti B+ dan B.. Subhanallah.... Namanya budak melayu, tapi bukan mudah juga untuk menjawab bahasa Melayu kerana semua subjek di sini dalam bahasa inggeris dan arab... Rasa lawak dan lucu, bila aku diminta memperkenalkan diri.. Cikgu panggil aku ustazah.,. hehe... Bila aku perkenalkan diri, dia kata suara aku sesuai untuk jadi cikgu atau juruacara majlis... Aku rasa seperti mahu ketawa besar.. mana tidaknya, jika cikgu tahu aku sebenarnya gugup dan tak pandai bercakap di khalayak ramai.. malu besar.. haah. Tapi,...